ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Jun 2022.

1. Anak bongsu Thaksin sertai politik, cuba bawa imej dan 'jenama' baharu Shinawatra

Memiliki kira-kira setengah juta pengikut di Instagram, dan menjalani gaya hidup penuh glamor, sosok wanita muda ini dikenali sebagai ‘puteri kecil’ dalam keluarga bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

2. ASEAN perlu tingkat kemahiran bagi kemajuan pendigitalan

Pendigitalan akan menjadi pemacu utama pemulihan ekonomi di ASEAN susulan impak buruk pandemik COVID-19, kata panelis Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Pengerusi Eksekutif Qi Group Datuk Seri Vijay Eswaran.

3. Krisis Myanmar | Junta perlu kembalikan demokrasi

Tentera junta Myanmar berkemungkinan tidak dapat menundukkan penunjuk perasaan yang memerangi pemerintahannya dan harus mengembalikan demokrasi.

4. Yaman cadang anjur persidangan penderma untuk bangunkan semula negara

Ketua Majlis Pimpinan Presiden Yaman, Rashad Al-Alimi, pada Ahad menggesa diadakan persidangan penderma untuk membina semula negara yang dilanda perang itu

5. Kemelut Ekonomi | Sri Lanka pertimbang beli minyak Rusia

Sri Lanka mungkin terpaksa membeli lebih banyak minyak dari Rusia, ketika negara itu kini berada dalam keadaan terdesak mencari bahan api ketika kemelut ekonomi yang semakin berlarutan.

6. Beijing sifatkan penularan COVID-19 yang berpunca daripada bar mewah sebagai 'teruk'

Pihak berkuasa Beijing mengklasifikasikan penularan COVID-19 yang bermula di sebuah bar mewah di kawasan kejiranan Chaoyang yang ramai penduduk sebagai teruk selepas sekurang-kurangnya 166 orang dijangkiti.

7. Mata Wang Iran | Jatuh ke paras terendah

Mata wang Iran jatuh ke nilai paling rendah ketika perbincangan untuk memulihkan perjanjian nuklear dengan kuasa dunia menemui jalan buntu.

8. Mesyuarat WTO | Kesediaan wabak, sekuriti makanan antara agenda utama

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) meramalkan cabaran apabila badan itu membuka mesyuarat peringkat tertingginya selepas empat setengah tahun.

9. Mesyuarat Pertahanan | Perubahan iklim ancaman besar Asia, bukan konflik

Perubahan iklim memberi ancaman besar kepada keselamatan wilayah Asia Pasifik, kata Menteri Pertahanan Fiji, Inia Seruiratu.

10. Gaji Minimum | Rundingan pemandu lori dan kerajaan Korea Selatan gagal

Pemandu lori Korea Selatan meneruskan mogok selepas rundingan dengan kerajaan berhubung kadar tambang minimum menemui jalan buntu.