ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Jun 2022.

1. COVID-19: Arab Saudi longgarkan sekatan bagi jemaah haji

Arab Saudi mula melonggarkan sekatan COVID-19 bagi jemaah haji tahun ini.

2. China-AS sepakat tingkat dialog, elak salah faham

China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk bersama-sama melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara selain meningkatkan dialog, mengurangkan salah faham dan menangani percanggahan dengan baik.

3. AS, Thailand bincang peluang perkukuh kerjasama keselamatan

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dan berkongsi perspektif mengenai isu keselamatan serantau selain membincangkan peluang untuk mengukuhkan pakatan AS-Thailand.

4. Ayam ternakan di Thailand diberi makan ganja

Sebuah komuniti penternakan di Lampang, utara Thailand menyediakan ganja sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka selepas mendakwa ia dapat meningkatkan kualiti daging dan telur.

5. Jepun lulus RUU hukuman penjara untuk buli dalam talian

Parlimen Jepun pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi menjadikan buli siber sebagai jenayah yang boleh dihukum penjara, dengan semakan tambahan dijalankan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya bertujuan menilai kesesuaiannya dengan hak kebebasan bersuara.

6. COVID-19 | Risiko kematian naik apabila subvarian Omicron dominan - EU

Dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 merebak lebih cepat berbanding varian koronavirus lain di Kesatuan Eropah (EU).

7. FMD | Indonesia lancar vaksinasi besar-besaran

Indonesia minggu ini akan melancarkan program vaksinasi ternakan di seluruh negara susulan bilangan lembu yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD) melonjak kepada lebih 151,000.

8. UK rancang pinda perjanjian pasca-Brexit

United Kingdom (UK) mengemukakan rancangan untuk meminda sebahagian perjanjian pasca Brexit yang dipersetujui dengan Kesatuan Eropah (EU) pada 2019.

9. Perancis mula undur tentera dari Mali

Perancis mula mengundurkan tenteranya dari Mali dengan menyerahkan pangkalan Menaka kepada pihak berkuasa negara itu, lapor Agensi Anadolu.

10. Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah

Rancangan United Kingdom (UK) untuk mengubah perjanjian pasca-Brexit dikecam Naib Presiden Suruhanjaya Eropah.