Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 23, 2022 15:58 MYT
Jun 23, 2022 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Jun 2022.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mencadangkan untuk "mentadbir dan menggubal undang-undang secara berbeza" berdasarkan kompromi antara kuasa politik yang pelbagai. Beliau membuat pengumuman itu tiga hari selepas berdepan tamparan politik yang besar apabila partinya kehilangan majoriti di Parlimen.
Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Kabul, Sam Mort berkata, pihaknya sedang berkoordinasi dengan kerajaan Taliban dalam usaha menghulurkan bantuan kepada mangsa.
aliban merayu bantuan antarabangsa selepas Afghanistan dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan lebih 1,000 orang dan mencederakan 1,500 yang lain.
Suu Kyi, pemenang hadiah Nobel Keamanan yang berusia 77 tahun telah didakwa dengan sekurang-kurangnya 20 kesalahan jenayah sejak beliau digulingkan dalam rampasan kuasa awal tahun lalu, termasuk pelbagai tuduhan rasuah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis bagi menentukan sama ada cacar monyet patut diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global.
Lubang benam sedalam lebih empat meter telah 'menelan' sebuah motosikal di sebatang jalan raya di tenggara London pada Selasa.
Selebriti televisyen popular Martha Stewart kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghadiri sebuah acara yang dinanti-nantikan selepas beliau disahkah positif COVID-19.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyampaikan inisiatif baharu untuk kerjasama vaksin dengan negara Amerika Latin dan Caribbean bagi menghadapi pandemik COVID-19.
Direka dan dibina oleh Shanghai Hudong Zhonghua Shipbuilding (Group) Company, kapal mega itu terbentang hampir 400 meter bersamaan 1,312 kaki panjang dengan keluasan deck 24,000 meter persegi.
#Ursula von der Leyen
#COVID-19
#Emmanuel Macron
#WHO
#Taliban
#gempa bumi
#cacar monyet
#PBB
#vaksin
#Afghanistan