Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 9, 2022 15:58 MYT
September 9, 2022 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 September 2022.
Operasi London Bridge ialah nama kod untuk perancangan yang akan dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Putera sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles dinobatkan raja baharu Britain pada Khamis susulan kemangkatan bonda baginda, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Liz Truss pada Khamis memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II atas "pencapaian luar biasa" beliau sebagai raja paling lama memerintah Britain.
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja Britain atas pemergian Ratu England, Ratu Elizabeth II awal hari ini.
Raja Charles Ketiga dijangka menyampaikan perutusan khas pada jam 6 petang Jumaat waktu tempatan, bersamaan 1 pagi waktu Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang hadir untuk kes pendakwaannya pada Khamis enggan memohon maaf secara rasmi kepada mahkamah.
An extradition request for fugitive businessman Low Taek Jho, better known as Jho Low, cannot be made, as no Interpol member state has confirmed his presence in their respective countries, says Inspector-General of Police Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
The EU-ASEAN Business Council survey showed that businesses in the EU want a free-trade agreement with ASEAN member states, as only Vietnam and Singapore have signed the pact so far.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggesa China untuk bersikap terbuka dan telus dengan misi bulannya ekoran terdapat persamaan tempat pendaratan angkasawan masing-masing di bulan pada masa depan.
Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, Istana Buckingham telah mengesahkan.