Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 18, 2023 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Januari 2023.
1. Menteri Ukraine terkorban dalam nahas helikopter
Menteri Dalam Negeri Ukraine dan pegawai-pegawai kanan kementerian antara 18 terkorban dalam nahas helikopter di timur Kyiv.
2. Pesawat Qantas mendarat cemas di Sydney
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Australia, Qantas dari Auckland, New Zealand dilaporkan selamat mendarat di Sydney, Australia selepas panggilan kecemasan dikeluarkan akibat kegagalan enjin, hari ini.
3. Indonesia terus dilanda gempa bumi, terbaharu bermagnitud 7.1 di Wilayah Tengah
Indonesia menyaksikan siri kejadian gempa bumi pada Rabu dengan yang terbaharu bermagnitud 7.1 menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia, lapor Xinhua memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
4. Gempa bumi kuat melanda utara laut Maluku, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 2.06 petang tadi.
5. Gempa 7.3 skala richter gegar selatan Filipina
Gempa bumi luar pesisir berukuran 7.3 pada skal Richter menggegarkan selatan Filipina pada petang Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.
6. Anak Thaksin mahu tanding jawatan PM Thailand
Anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum 2024.
7. Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Greta Thunberg ditahan bersama beberapa aktivis lain semasa protes menentang perobohan sebuah kampung di Jerman.
8. Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.
9. Pintas China, jumlah penduduk tertinggi di dunia bakal milik India
Jumlah penduduk di negara India dilaporkan bakal mengatasi negara China tahun ini sekali gus menjadi negara paling ramai penduduk di dunia.
10. WEF 2023 | EU perlu kerjasama dengan China, bukan larikan diri
Kesatuan Eropah (EU) perlu bekerjasama serta berdagang dengan China dalam teknologi bersih serta mendorong ke arah persamaan dan bukannya berusaha melepaskan diri daripada ekonomi kedua terbesar dunia itu.
#berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI #Astro Awani