awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa

Bernama
Bernama
17/01/2023
23:00 MYT
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Pada 2022, polis merekodkan 337 kemalangan di Paris, termasuk satu kemalangan maut. - Gambar hiasan
ANKARA: Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.
Penggunaan skuter elektrik di Perancis mencetuskan kontroversi kerana kemalangan, laluan pejalan kaki dipenuhi oleh kenderaan itu yang diletakkan merata-rata selain pemandu tidak mematuhi peraturan lalu lintas.
Pada 2022, polis merekodkan 337 kemalangan di Paris, termasuk satu kemalangan maut, menurut penyiar tempatan Franceinfo.
Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo pada Ahad memberitahu akhbar harian Le Parisien bahawa beliau akan mengadakan pungutan pendapatan itu pada 2 April sama ada membenarkan perkhidmatan penyewaan skuter elektrik terus beroperasi.
Datuk Bandar menyatakan sokongannya terhadap larangan itu namun berkata beliau akan menghormati keputusan penduduk.
Hanya skuter elektrik untuk disewa, yang jumlahnya kira-kira 15,000 di Paris, terlibat dalam pungutan suara itu. Penduduk Paris yang memiliki skuter elektrik peribadi tidak terjejas sekiranya pengharaman dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuter elektrik
#kemalangan
#kontroversi
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan