Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 6, 2023 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Februari 2023.
1. Turkiye dilanda gempa bumi kuat 7.8 magnitud
Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin
2. Gempa Bumi | Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Kurang 12 jam selepas dilanda gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.8, Turkiye dilanda satu lagi gempa bermagnitud tinggi. Media kerajaan di Syria juga melaporkan, Damsyik turut terjejas dengan gempa susulan itu.
3. Gempa Bumi | Tiada rakyat Malaysia terlibat ketika ini - Wisma Putra
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian gempa bumi itu. Menerusi satu kenyataan ringkas Wisma Putra menjelaskan, ketika ini tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.
4. Suara Orang Asal | Senator letak jawatan selisih berkaitan referendum
Senator Orang Asal Australia, Lidia Thorpe, letak jawatan berikutan berlaku perselisihan mengenai referendum suara Orang Asal yang akan di bentangkan di Parlimen tahun ini.
5. Tembak belon pengintip: China sekali lagi kutuk Amerika Syarikat
China sekali lagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh belon yang didakwa pengintip China pada Sabtu lalu.
6. Diplomasi | Taiwan-Switzerland kukuh hubungan demi kestabilan serantau
Delegasi Parlimen Switzerland adakan lawatan rasmi terhadap Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen pada Isnin bagi mengukuhkan kerjasama dua hala.
7. China bakal laksanakan projek jelajah bulan fasa keempat
China akan melaksanakan projek penjelajahan ke Bulan fasa keempat yang membabitkan misi prob bulan Chang'e-6, Chang'e-7 dan Chang'e-8 pada tahun ini.
8. Itali jadi sasaran serangan siber
Itali dilaporkan menjadi sasaran serangan penggodaman perisian berskala besar, menurut Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) pada Ahad.
9. Tentera udara Colombia lapor kehadiran belon serupa seperti di Carolina Selatan
Ketika ketegangan semakin memuncak antara Washington dan Beijing berhubung insiden menembak jatuh objek yang didakwa pegawai Amerika Syarikat sebagai 'belon pengintip China', Colombia melaporkan kehadiran objek serupa di ruang udaranya.
10. Kebakaran | Mangsa korban kebakaran hutan di Chile terus meningkat
Ratusan hutan yang terbakar berpunca gelombang suhu panas di selatan tengah Chile meragut 23 nyawa setakat ini. Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha, dalam satu kenyataan, berkata sebanyak 251 lokasi membabitkan kebakaran aktif dengan 76 kebakaran meletus dalam tempoh sehari lalu.
#berita pilihan #berita luar negara #berita antarabangsa #Berita AWANI