awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali jadi sasaran serangan siber

Bernama
Bernama
06/02/2023
04:04 MYT
Itali jadi sasaran serangan siber
Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) beri amaran agar organisasi mengambil tindakan melindungi sistem komputer mereka.
ROME: Itali dilaporkan menjadi sasaran serangan penggodaman perisian berskala besar, menurut Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (ACN) pada Ahad.
ACN memberi amaran agar organisasi mengambil tindakan melindungi sistem komputer mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA negara itu.
Menurut laporan itu, Finland, Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis turut terjejas akibat serangan siber dan pelanggaran keselamatan berlaku pada banyak pelayan (servers).
Perisian itu dilaporkan seakan-akan tidak berbahaya, dikirim menggunakan alamat e-mel korporat dan menggalakkan pengguna untuk membukanya.
Ransomware ialah satu bentuk perisian yang menggodam dan mengunci fail mangsa, kemudian menuntut bayaran untuk diberikan kekunci enkripsi agar dapat mengakses maklumat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#serangan siber
#agensi keselamatan
#sistem komputer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan