DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Februari 2023.
1. Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan, misi bantuan lain masih diteruskan
Biarpun Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) gempa bumi di Turkiye telah pulang bermula hari ini, namun misi bantuan kemanusiaan lain di negara itu akan diteruskan dalam pelbagai bentuk.
2. Empat mayat ditemukan di lokasi pesawat ringan terhempas berhampiran gunung berapi
Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada bangkai pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawah gunung berapi di tenggara Manila enam hari lalu, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis.
3. Insiden tembakan di Florida: Tiga terbunuh termasuk wartawan dan kanak-kanak 9 tahun
Seorang wartawan televisyen tempatan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut ditembak di kawasan kejiranan Florida, berhampiran lokasi pembunuhan yang berlaku beberapa jam sebelum itu.
4. Jepun bingung kemunculan sfera misteri
Penduduk dan pihak berkuasa di Jepun bingung dengan kemunculan sfera logam besar misteri yang ditemui awal minggu ini.
5. Gempa bumi kuat di Tajikistan, gegaran turut dirasai di Xinjiang, China
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang menggegarkan Tajikistan pada pagi Khamis turut dirasai di wilayah autonomi Xinjiang di barat laut China, lapor Xinhua.
6. OperasI SAR | Dua pelombong arang batu maut, lebih 50 hilang
Dua maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah lombong arang batu di Inner Mongolia, China runtuh. Menurut laporan media tempatan lebih 50 pelombong dilaporkan masih hilang.
7. Korea Selatan | Catat kadar kesuburan terendah dunia sekali lagi
Kadar kesuburan Korea Selatan turun ke paras terendah pada tahun lalu dengan jumlah kanak-kanak yang dijangka terendah di dunia bagi setiap wanita.
8. Pasar raya UK berdepan kekurangan bekalan sayur
Pasar raya di seluruh Britain dipenuhi rak kosong ekoran bekalan produk segar semakin sukar didapati, hingga menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicatu.
9. Amaran cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS
Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.
10. Australia | Minta Twitter, Google tangani eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia telah menghantar surat undang-undang ke Twitter dan Google untuk meminta maklumat tentang usaha mereka menghentikan eksploitasi kanak-kanak dalam talian.