Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 26, 2023 15:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Disember 2023.
1. 'Masa semakin singkat': Yoon gesa keazaman baharu untuk tangani kelahiran yang rendah
Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol pada Selasa berkata keazaman luar biasa perlu bagi menangani penurunan kadar kelahiran di negara itu.
2. Lebih 120,000 rumah di Queensland alami gangguan bekalan elektrik akibat ribut petir
Seorang wanita maut manakala lebih 120,000 rumah terputus bekalan elektrik di Queensland Australia susulan ribut petir yang melanda.
3. UNGA boleh gantung Israel ketika serangan ke atas Gaza berterusan - Penganalisis
Perhimpunan Agung PBB wajar mengundi untuk menggantung keanggotaan Israel, kerana tindakannya terus menyerang Gaza.
4. Warga Gaza imbau 'malam penuh cabaran' susulan serangan Israel musnah kem pelarian
Warga Palestin di Gaza mengalami 'malam ngeri' pada malam sambutan Krismas apabila serangan udara Israel melanda kawasan kediaman dan membunuh ramai penduduk.
5. Skandal ujian keselamatan: Daihatsu gantung semua pengeluaran domestik di Jepun
Daihatsu Motor, menggantung semua pengeluaran domestik pada Selasa di tengah-tengah skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatannya.
6. Perang Palestin-Israel: Angka syahid, kerosakan di Gaza terus meningkat
Hampir 1.8 juta orang kehilangan tempat tinggal dan 126 bangunan ibu pejabat kerajaan musnah serta 92 sekolah termasuk universiti turut mengalami nasib yang sama.
7. Jangan terbiasa dengan penderitaan di Gaza, kata Mohamed Salah
Salah menyeru peminatnya untuk "tidak melupakan mereka (rakyat Palestin di Gaza) dan tidak terbiasa dengan penderitaan mereka."
8. Penasihat tentera Iran terbunuh dalam serangan Israel di Syria
Sayyed Razi yang berkhidmat sebagai penasihat kanan tentera untuk IRGC di Syria, maut dalam serangan udara di kawasan Sayyeda Zeinab di Damsyik.
9. 'Serangan Israel sasar orang awam keji' - Paus Francis
Francis menggelar serangan Israel sebagai keji dan menuntut nyawa orang awam yang tidak bersalah diselamatkan.
10. Hospital terbesar di Gaza lumpuh - WHO
Penyelaras pasukan perubatan kecemasan WHO, Sean Casey menggambarkan kejadian itu sebagai sebuah tragedi.
#PBB #pelarian #berita pilihan #antarabangsa