Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 18, 2024 15:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Januari 2024.
1. Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis berkata S Iswaran telah meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet dan juga menamatkan keanggotaannya dalam People's Action Party (PAP).
2. CEO Google sasar lebih banyak pengurangan pekerja tahun ini
CEO Google, Sundar Pichai kini berkongsi bersama pekerja melalui memo dalaman, menyatakan akan berlaku lebih banyak pengurangan pekerja pada tahun 2024 ini, tetapi tidak seramai tahun 2023 lepas.
3. Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang dipenjarakan, layak untuk dibebaskan dengan parol bulan depan kerana usia dan kesihatannya.
4. Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara untuk bersedia menghadapi pandemik seterusnya.
5. Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Seorang pendakwa raya yang sedang menyiasat serangan ke atas stesen televisyen di Ecuador minggu lepas ditemui maut.
6. Undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi di Gaza - Guterres
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan pihak yang terlibat dalam konflik di Gaza tidak mematuhi undang-undang antarabangsa.
7. Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat
Raja Britain Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.
8. Pakistan berhak bertindak balas terhadap tindakan provokatif Iran - Menteri Luar
Menteri Luar Pakistan memberitahu rakan sejawatannya dari Iran pada Rabu bahawa Islamabad "berhak untuk bertindak balas" terhadap serangan tentera Iran ke atas wilayahnya yang didakwa dijadikan pangkalan sebuah kumpulan bersenjata di Balochistan.
9. Lebih ramai mati kelaparan berbanding perang di Gaza
Lebih ramai penduduk di gaza berkemungkinan mati akibat kebuluran berbanding peperangan.
10. Ular masuk pesawat ke Bangkok
Seekor ular yang 'tersesat' memasuki sebuah kapal terbang mencetuskan panik seluruh penumpang dalam sebuah pesawat semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI