Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 4, 2024 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis 4 April 2023.
1. Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway.
2. Penubuhan negara Palestin menerusi rundingan, bukan PBB - Jurucakap AS
Blinken telah terlibat dalam "usaha diplomasi yang sangat intensif" sejak beberapa bulan lepas dengan tujuan menubuhkan sebuah negara Palestin dan memastikan jaminan keselamatan untuk Israel.
3. PBB pertimbang keahlian penuh negara Palestin
UNSC sedang mempertimbangkan keahlian penuh negara Palestin yang berdaulat ke PBB.
4. PBB henti sementara bantuan kemanusiaan Gaza pada waktu malam
Ia untuk menilai isu keselamatan berikutan pembunuhan kakitangan badan amal makanan World Central Kitchen (WCK).
5. Bakal Presiden Indonesia komited kukuh kerjasama dengan Jepun
Prabowo menyatakan harapannya agar kerajaan Jepun menyertai usaha mengukuhkan hubungan masa depan dan memajukan kerjasama dalam pertahanan.
6. Berpuasa ketika konflik halangan besar buat rakyat Palestin
Dr Tareq M. Altalmas berkata cabaran besar yang dihadapi rakyat Palestin pada bulan Ramadan ini, adalah berpuasa di tengah-tengah pencerobohan tentera Israel yang berterusan.
7. Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold kekasih lama Alex Ferguson
Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold pernah menjadi kekasih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson suatu ketika dahulu.
8. EPL: Erik Ten Hag masih realistik MU mampu layak ke Liga Juara-Juara
Ten Hag, berjanji untuk terus berjuang dan bersikap realistik bagi melayakkan kelab itu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).
9. Jaringan Mbappe bawa PSG ke final Piala Perancis
Mbappe buka jaringan lima minit sebelum waktu rehat dengan gol kelapannya dalam kejohanan di Parc des Princes.
10. Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
#Liverpool #Palestin #berita pilihan #antarabangsa