DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Jun 2025.

1. Duta AS kritik perancangan Perancis mengenai negara Palestin

Duta Amerika Syarikat ke Israel, Mike Huckabee mengkritik usaha Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, dengan mencadangkan agar Paris "menyerahkan sebahagian daripada French Riviera" bagi tujuan tersebut.

2. Gempa bumi lemah landa Chiang Mai

Gempa bumi lemah berukuran 4.5 magnitud melanda daerah Phrao di wilayah Chiang Mai pada Isnin petang.

3. Ukraine lancar serangan dron besar-besaran ke atas pengebom Rusia

Ukraine telah melancarkan serangan dron terbesar dalam perang dengan Rusia, menyasarkan lebih daripada 40 pesawat pengebom di empat pangkalan udara Rusia.

4. Dua maut, ratusan ditahan selepas kemenangan PSG dalam Liga Juara-Juara

Kegembiraan selepas kemenangan bersejarah Paris Saint-Germain (PSG) dalam final Liga Juara-Juara UEFA bertukar menjadi kekacauan apabila dua orang maut dan hampir 560 orang ditahan di seluruh Perancis.

5. Mesir, Qatar usahakan gencatan senjata 60 hari menuju perjanjian keamanan kekal di Gaza

Mesir dan Qatar pada Ahad menyatakan harapan agar persetujuan dapat dicapai dengan segera berhubung cadangan gencatan senjata sementara selama 60 hari antara Israel dan Hamas, yang akan membuka laluan ke arah gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.

6. Rusia terima draf memorandum Ukraine mengenai penyelesaian damai

Seorang pegawai kanan Rusia pada Ahad berkata Moscow telah menerima draf memorandum daripada Ukraine yang mengandungi cadangan ke arah penyelesaian damai bagi konflik yang sedang berlangsung.

7. 31 warga Palestin maut, ditembak semasa terima bantuan

31 warga Palestin terbunuh ditembak oleh rejim Israel berhampiran pusat bantuan kemanusiaan di Rafah, Selatan Gaza pada Ahad.

8. Hamas sedia mulakan semula rundingan tidak langsung gencatan senjata dengan Israel

Hamas menyatakan kesediaannya untuk segera memulakan rundingan tidak langsung pusingan baharu dengan Israel bagi menyelesaikan isu-isu tertangguh, dengan matlamat menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan mencapai gencatan senjata kekal.

9. India tahan lebih 80 individu didakwa bersimpati dengan Pakistan

Polis India dilapor menahan 81 individu di negeri Assam kerana didakwa bersimpati dengan Pakistan, hanya sebulan selepas konflik terburuk di antara kedua-dua negara dalam beberapa dekad.

10. Ukraine lancar serangan dron besar-besaran ke atas pengebom Rusia

Ukraine telah melancarkan serangan dron terbesar dalam perang dengan Rusia, menyasarkan lebih daripada 40 pesawat pengebom di empat pangkalan udara Rusia.


#berita pilihan #antarabangsa #Gaza #konflik Rusia-Ukraine