Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Astro Awani
Februari 11, 2021 16:51 MYT
Februari 11, 2021 16:51 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Februari 2021.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini naik ke angka 107.2 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah kematian COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia juga menurun untuk minggu kedua berturut-turut, dengan 88,000 kematian baharu dilaporkan minggu lalu, penurunan 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan terbaharu ke atas junta tentera Myanmar.
Petugas kesihatan di Brazil telah mula masuk ke kawasan masyarakat terpencil di Amazonas bagi tujuan memvaksinasi kumpulan populasi yang paling rentan di rantau berkenaan.
Gempa bumi kuat 7.7 skala Richter melanda Pasifik Selatan pada Rabu dan mencetuskan tsunami kecil yang tidak menyebabkan kerosakan terhadap negara kepulauan.
Pihak pendakwaraya mendedahkan video baharu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan pendakwaan Donald Trump pada Rabu, yang menunjukkan kumpulan perusuh memecah masuk ke Capitol.
Pihak berkuasa Arab Saudi pada Rabu membebaskan aktivis hak asasi wanita, Loujain al-Hathloul selepas hampir tiga tahun dia dipenjarakan.
8) "Tolong kami, bantu kami!" 33 hari terdampar di pulau tidak berpenghuni
Tiga warga Cuba terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni di Bahamas selama 33 hari berjaya diselamatkan.
Jerman pada Rabu melanjutkan sekatan pergerakan sehingga 7 Mac berikutan kebimbangan terhadap penuralan varian baharu COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
Europe's oldest person, French nun Sister Andre, has survived COVID-19 and will celebrate her 117th birthday this week, her caregivers said.
#berita pilihan
#berita luar negara
#Astro Awani
#berita antarabangsa
#COVID-19
#Joe Biden
#Donald Trump
#gempa bumi