awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump

Agensi
Agensi
19/05/2025
23:50 MYT
Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Trump (kiri) sifatkan berita mengenai diagnosis kanser yang dihidapi Biden sebagai “sangat sedih”, namun, dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada umum lebih awal. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan berita mengenai diagnosis kanser yang dihidapi bekas Presiden Joe Biden sebagai “sangat sedih”, namun, dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada umum lebih awal.
“Saya terkejut ia tidak - anda tahu… tidak dimaklumkan kepada orang ramai sejak lama dahulu. Sebab untuk sampai ke tahap sembilan, itu memakan masa yang panjang,” kata Trump sebagai respons kepada soalan wartawan CNN, Kaitlan Collins, mengenai sama ada beliau akan menghubungi Biden susulan berita itu.
Menurut kenyataan pejabat peribadi Biden hujung minggu lalu, beliau telah disahkan menghidap kanser prostat dengan skor Gleason 9 (Kumpulan Gred 5) dan telah merebak ke tulang.
Trump kemudiannya menyentuh mengenai pemeriksaan kesihatannya sendiri yang dilakukan.
“Saya telah menjalani pemeriksaan fizikal yang sangat menyeluruh, termasuk ujian kognitif. Saya bangga untuk umumkan saya lulus dengan cemerlang.”
Beliau juga seakan-akan 'menuduh' doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih memegang jawatan sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut - atau tidak bercakap benar selain turut mempersoal tahap kesihatan mental Biden.
Dalam memo pada 2021, doktor peribadi Biden, Dr. Kevin O’Connor, menyatakan bahawa Biden “kekal cergas untuk menjalankan tugas dan melaksanakan semua tanggungjawabnya tanpa sebarang pengecualian atau keperluan khas.”
“Saya pun tak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak, tetapi seorang doktor terlibat dalam setiap kes,” kata Trump merujuk kepada isu kesihatan kognitif Biden.
“Mungkin doktor yang sama, dan mungkin ada seseorang yang tidak bercakap benar. Itu satu masalah besar.” - Agensi
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Joe Biden hidap kanser
#kanser prostat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan