DUNIA
Berita Terkini ASEAN 25: Anwar, Trump tandatangani perjanjian perdagangan perluas akses pasaran
Trump dan Anwar menunjukkan dokumen perjanjian perdagangan semasa pertemuan dua hala di sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani satu perjanjian perdagangan timbal balik yang menyeluruh bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran, serta mempertingkat ketahanan rantaian bekalan.
Ringkasan AI
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa pertemuan dua hala di sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, kedua-dua kerajaan menyatakan bahawa perjanjian itu akan memberikan para pengeksport kedua-dua negara akses yang belum pernah berlaku sebelum ini ke pasaran masing-masing dan akan memperkukuh hubungan ekonomi jangka panjang antara Malaysia dan AS, termasuk Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan 2004.
Di bawah perjanjian tersebut, Malaysia bersetuju untuk memberikan akses pasaran keutamaan yang ketara kepada eksport barangan perindustrian AS, termasuk bahan kimia, jentera dan peralatan elektrik, logam, serta kenderaan penumpang, selain eksport pertanian seperti tenusu, ayam dan beras.
Sementara itu, AS akan mengekalkan tarif timbal balik sebanyak 19 peratus ke atas barangan Malaysia, dengan beberapa produk tertentu menerima kadar tarif sifar di bawah senarai rakan perdagangan yang diselaraskan.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Malaysia akan mengelakkan daripada mengenakan sekatan atau kuota terhadap eksport mineral kritikal atau unsur nadir bumi ke AS dan akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat AS bagi mewujudkan kepastian kepada sektor perniagaan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Dalam bidang perdagangan digital, Malaysia bersetuju untuk tidak mengenakan cukai perkhidmatan digital yang mendiskriminasi syarikat-syarikat AS, serta memastikan pemindahan data merentas sempadan yang dipercayai, dengan perlindungan sewajarnya.
Kedua-dua negara juga berikrar untuk mengamalkan dan mengekalkan tahap perlindungan alam sekitar yang tinggi, memperkukuh penguatkuasaan hak pekerja, serta mempertingkat kerjasama dalam keselamatan pelaburan, kawalan eksport, dan usaha memerangi pemalsuan barangan.
Kenyataan itu menegaskan bahawa Malaysia dan AS komited untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi dan keselamatan negara serta mempertingkat daya tahan dan inovasi rantaian bekalan.
Selain itu, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat kini sedang berbincang bagi memuktamadkan persefahaman bersama mengenai dasar mata wang.
“Dalam beberapa minggu akan datang, AS dan Malaysia akan melaksanakan prosedur domestik masing-masing sebagai persediaan sebelum perjanjian ini berkuat kuasa,” menurut kenyataan tersebut.
Ringkasan AI
- Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian perdagangan timbal balik yang menyeluruh semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran dan meningkatkan ketahanan rantaian bekalan.
- Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport AS termasuk barangan perindustrian dan pertanian, manakala AS mengekalkan tarif timbal balik 19% dengan kadar sifar untuk produk tertentu serta komitmen terhadap eksport mineral kritikal dan perdagangan digital.
- Kedua-dua negara berikrar mengekalkan perlindungan alam sekitar, hak pekerja dan keselamatan pelaburan; Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perbendaharaan AS sedang memuktamadkan persefahaman dasar mata wang sebelum perjanjian berkuat kuasa.