Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
DUNIA

Berita Terkini ASEAN 25: Sidang ASEAN-AS tegaskan komitmen elak peperangan - Anwar

Amirul Aiman 26/10/2025 | 08:00 MYT
Anwar berkata Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) hari ini berlangsung dengan baik. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) hari ini berlangsung dengan baik dan menolak sebarang usaha ke arah peperangan.

“Pertemuan hari ini berjalan dengan baik, perbincangan sangat bernas, dan keputusan utama ialah untuk tidak berperang, itu amat penting,” katanya kepada media selepas selepas Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Terdahulu, beliau berkata, ASEAN dan AS akan menerima pakai Pernyataan Visi Bersama ASEAN-AS bagi mengukuhkan masa depan yang lebih kukuh, selamat dan makmur untuk kedua-dua rantau

Katanya, pernyataan itu mencerminkan tekad bersama kedua-dua pihak untuk menjadikan kerjasama sebagai hasil yang nyata dan membawa manfaat ketara kepada rakyat.



#ASEAN Summit 2025 #ASEAN-AS #Anwar Ibrahim #Donald Trump