DUNIA
Berita Terkini ASEAN25: ASEAN perkukuh kerjasama perangi penipuan dalam talian - Setiausaha Agung
Kao menegaskan bahawa pendekatan ASEAN kini semakin menyeluruh, melibatkan penguatkuasaan undang-undang, sektor perundangan serta inisiatif digital. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN terus melipatgandakan usaha memerangi penipuan dalam talian melalui pelbagai platform kerjasama serantau yang diselaraskan, kata Setiausaha Agungnya Kao Kim Hourn.
Ringkasan AI
Beliau menegaskan bahawa pendekatan ASEAN kini semakin menyeluruh, melibatkan penguatkuasaan undang-undang, sektor perundangan serta inisiatif digital.
“Sebagai contoh, dalam isu penipuan dalam talian, ASEAN kini telah menubuhkan beberapa mekanisme di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC),” katanya dalam satu temu bual bersama media pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut menghimpunkan menteri-menteri dalam negeri dan hal ehwal dalam negeri negara anggota bagi menangani isu seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan pemerdagangan hidupan liar.
“Kita berdepan isu ini secara terus dan berusaha menanganinya dengan berkesan,” ujar beliau.
Kao turut menekankan bahawa kerjasama bukan sahaja berlaku dalam kalangan negara anggota, malah turut merangkumi kolaborasi dengan rakan luar bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serantau.
Tambah beliau, dalam sektor perundangan, Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN (ALAWMM) memainkan peranan penting dalam membina kerjasama baharu yang memberi tumpuan kepada pembangunan dasar dan peraturan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa rangkaian penipuan rentas negara akan menjadi antara agenda utama sidang kemuncak ASEAN, memandangkan kesannya yang semakin meningkat terhadap kestabilan serantau dan kesihatan ekonomi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melabelkan Asia Tenggara sebagai “ground zero” bagi rangkaian penipuan global.
Menurut PBB, penipuan siber di rantau ini dianggarkan menjana pendapatan tahunan sebanyak AS$43.8 bilion (RM185.3 bilion).
Mangsa penipuan tersebut termasuk warganegara dari negara anggota ASEAN serta rakyat Amerika Syarikat dan China.
Ringkasan AI
- ASEAN melipatgandakan usaha memerangi penipuan dalam talian melalui mekanisme serantau seperti Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC), melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama digital.
- Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn menekankan kerjasama antara negara anggota dan rakan luar dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta pembangunan dasar melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN (ALAWMM).
- Penipuan siber di Asia Tenggara dianggarkan menjana pendapatan tahunan AS$43.8 bilion, menjadikan rantau ini sebagai -ground zero- bagi rangkaian penipuan global menurut PBB, dengan mangsa melibatkan rakyat ASEAN, Amerika Syarikat dan China.