DUNIA
Berita Terkini ASEAN25: AS komited terhadap Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, makmur - Trump
Trump menyatakan AS sedang memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan negara Indo-Pasifik termasuk Malaysia, Kemboja, Jepun dan Korea Selatan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan akan memberi komitmen seratus peratus dalam usaha memastikan rantau Indo-Pasifik kekal bebas, terbuka dan terus makmur.
Ringkasan AI
Presidennya Donald Trump, berkata AS juga akan terus menjadi rakan dan sekutu yang kukuh untuk generasi yang akan datang.
“Saya amat gembira dapat kembali ke Asia Tenggara - rantau yang menjadi rakan dan sekutu penting Amerika. Kita di sini untuk memperkukuh hubungan perdagangan, keselamatan bersama dan kestabilan serantau.
“Selain perjanjian dengan Malaysia minggu ini, kami juga sedang memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan rakan-rakan Indo-Pasifik lain seperti Kemboja, Jepun dan Korea Selatan. Kami membina kerjasama dalam teknologi tenaga, kecerdasan buatan, mineral kritikal dan pelbagai industri lain.
“Amerika kini berada dalam era keemasan. Tahun lalu, kami berada dalam keadaan yang lemah. Tahun ini, kami mencatat pelaburan lebih US$20 trilion - tiada negara lain pernah capai angka sedemikian,” katanya.
Trump berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 yang berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Ahad.
Dalam pada itu Trump berkata, AS dan ASEAN akan bersama-sama dalam mencipta kemakmuran luar biasa untuk negara di kedua-dua belah Lautan Pasifik.
“Hubungan Amerika dengan rantau ini bermula sejak awal republik kami, apabila rakyat Amerika yang berani merentas Pasifik untuk membuka laluan perdagangan dan diplomasi. Ikatan itu terus kukuh hingga hari ini, termasuk di Kuala Lumpur.
“Saya menantikan pertemuan dengan anda semua, dan juga di APEC di Korea Selatan minggu ini. Terima kasih Perdana Menteri. Terima kasih kepada semua pemimpin hebat di bilik ini. Anda semua luar biasa – penuh tenaga, bijaksana, dan setiap perkara yang anda sentuh menjadi emas.
“Anda patut berbangga. Dunia lain tidak seperti ini. Anda semua sangat Istimewa,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump memberi jaminan komitmen penuh Amerika Syarikat dalam memastikan rantau Indo-Pasifik kekal bebas, terbuka dan makmur, serta menegaskan hubungan kukuh dengan Asia Tenggara sebagai rakan dan sekutu penting.
- Trump menyatakan AS sedang memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan negara Indo-Pasifik termasuk Malaysia, Kemboja, Jepun dan Korea Selatan, meliputi kerjasama dalam teknologi tenaga, kecerdasan buatan dan mineral kritikal.
- Dalam ucapan pembukaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Trump menyifatkan pemimpin ASEAN sebagai luar biasa dan menekankan sejarah panjang hubungan perdagangan dan diplomatik AS dengan rantau ini sejak awal penubuhan republik.