DUNIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia dan Timor-Leste perkukuh kerjasama pembangunan luar bandar melalui MoU
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas semasa majlis menandatangani MoU hari ini.
KUALA LUMPUR: Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Timor-Leste menjadi langkah penting dalam merangka kerjasama luar bandar yang lebih sistematik serta memberi manfaat timbal balik kepada kedua-dua negara.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman, MoU tersebut menjadi platform kerjasama formal untuk mengenal pasti bidang-bidang tumpuan yang boleh diperkukuh mengikut keperluan semasa.
“MoU ini membolehkan kita menyenaraikan bidang kerjasama yang sesuai dan memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga kepada negara yang menandatanganinya.
"Dalam konteks Timor-Leste, tumpuan kita termasuk pembangunan modal insan, pendigitalan serta pemerkasaan usahawan,” katanya kepada Astro AWANI di ibu negara, pada Selasa.
Beliau menjelaskan, kerjasama yang dijalin juga bersifat dinamik dan berpotensi diperluas dari semasa ke semasa.
“Sebagai contoh, kita mempunyai Institut Kemajuan Desa (INFRA) yang menyediakan latihan dalam aspek pengurusan di peringkat kampung.
"Ini antara bentuk perkongsian yang boleh kita laksanakan bersama Timor-Leste. Baru-baru ini, seramai 10 pegawai awam dari negara itu mengikuti kursus di INFRA.
"Mereka juga fasih berbahasa Indonesia, yang memudahkan komunikasi dan penyertaan mereka dalam latihan tersebut,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut menyatakan komitmen KKDW untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan pelancongan luar bandar, khususnya menerusi program inap desa.
“Ramai mungkin berpandangan bahawa inap desa adalah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Namun, MOTAC telah memberikan mandat kepada INFRA untuk melaksanakan kursus kepada pengusaha inap desa persendirian serta menyediakan penarafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3,” tambahnya.
Terdahulu, KKDW telah memeterai satu MoU Berkaitan Kerjasama Dalam Bidang Pembangunan Luar Bandar dengan Republik Demokratik Timor-Leste.
Pemeteraian MoU pertama di peringkat antarabangsa ini mencerminkan langkah signifikan KKDW dalam memperkukuh jalinan strategik kementerian di peringkat global.
Skop memorandum tersebut meliputi beberapa bidang kerjasama seperti berikut:

- Pembangunan Modal Insan : Membangunkan sumber manusia melalui latihan khusus, bengkel, seminar, lawatan sambil belajar, dan pertukaran pakar.
- Digitalisasi : Meningkatkan keterangkuman digital, transformasi dan kemahiran digital untuk mempromosikan perdagangan digital.
- Pengukuhan Ekonomi : Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), industri tempatan, agropelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti.
- Kepakaran Spesifik Sektor : Bertukar pengetahuan dan amalan terbaik dalam perancangan dan pelaksanaan inisiatif utama seperti program pembasmian kemiskinan luar bandar.
- Bidang kerjasama lain berkaitan pembangunan luar bandar yang akan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.