DUNIA
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia harap Trump, AS terus komited pastikan keamanan dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap di Majlis Perjanjian Damai Thailand-Kemboja, di sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, pada Ahad. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia selaku pengerusi ASEAN berharap agar Amerika Syarikat (AS) dapat terus memainkan peranannya dalam memastikan keamanan dunia, khususnya selepas kejayaan gencatan senjata Israel-Palestin, dan perjanjian keamanan Thailand-Kemboja.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjanjian Damai Thailand-Kemboja, di sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, pada Ahad.
Turut hadir pada majlis itu, Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja, Anuthin Charnvirakul dan Hun Manet.
Sementara itu, mengimbas semula konflik Thailand-Kemboja, Anwar berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Trump, yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif keamanan kedua-dua negara ASEAN itu.
Selain itu, beliau berkata, Trump juga menghubungi Anuthin dan Hun Manet untuk mempercepatkan penyelesaian damai.
“Saya benar-benar gembira, Presiden... mendengar sendiri daripada anda betapa tekadnya anda untuk memastikan keamanan tercapai... walaupun di kawasan yang paling sukar dan hampir mustahil… tetapi anda berjaya.
“Dan kami menyokong sepenuhnya usaha ini serta menyeru Amerika Syarikat untuk terus komited, dengan sokongan bukan sahaja dari negara jiran, tetapi dari seluruh dunia,” katanya lagi.
Konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja kembali memuncak pada 2025, berpunca daripada pertikaian berpanjangan berhubung kawasan sekitar Kuil Preah Vihear dan beberapa tapak warisan lain di sempadan Pergunungan Dângrêk.
Media turut melaporkan kebocoran rakaman telefon antara bekas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dan bekas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang mencetuskan krisis politik dalaman di Bangkok, menyebabkan Paetongtarn dilucutkan jawatan.
Bagaimanapun Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dipengerusikan Malaysia menjadi titik tolak kepada pemuktamadan perjanjian damai, termasuk penarikan senjata berat dan penubuhan Pasukan Pemerhati Sempadan ASEAN.
Dalam ucapannya, Anwar turut menghargai komitmen yang dizahirkan oleh Anuthin dan Hun Manet untuk mencapai perjanjian tersebut.
“Terima kasih kepada kedua-dua Perdana Menteri. Anda telah melakukan tugas yang hebat. Kami berbesar hati mempunyai anda sebagai rakan sejati yang memahami keperluan untuk menjamin keamanan dan melindungi rakyat kita.
“Ini juga penting demi mengukuhkan kedudukan Asia sebagai rantau yang aman dan makmur,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Amerika Syarikat terus memainkan peranan aktif dalam menjamin keamanan global, susulan kejayaan gencatan senjata Israel-Palestin dan perjanjian damai Thailand-Kemboja yang dimeterai sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
- Anwar mendedahkan Presiden AS Donald Trump telah menghubungi beliau serta Perdana Menteri Thailand dan Kemboja, Anuthin Charnvirakul dan Hun Manet, bagi mempercepatkan penyelesaian damai. Sidang kemuncak itu turut menyaksikan penubuhan Pasukan Pemerhati Sempadan ASEAN.
- Konflik sempadan Thailand-Kemboja berpunca daripada pertikaian kawasan sekitar Kuil Preah Vihear dan krisis politik dalaman di Bangkok. Anwar menghargai komitmen kedua-dua pemimpin ASEAN dan menyeru sokongan global demi menjamin keamanan dan kemakmuran rantau Asia.