DUNIA
Berita Terkini ASEAN25: Myanmar digesa hentikan jenayah rentas sempadan
Mohamad berkata, masalah jenayah rentas sempadan telah merebak sehingga mendatangkan mudarat kepada negara yang berjiran dengan Myanmar. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Myanmar digesa segera menghentikan kegiatan jenayah rentas sempadan kerana keadaan itu memberi kesan besar kepada negara jiran dan ASEAN keseluruhannya.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata masalah ini telah merebak sehingga mendatangkan mudarat kepada negara yang berjiran dengan Myanmar.
"Kita nak supaya pihak berkuasa Myanmar dan juga pihak-pihak yang bertanggungjawab di sana mesti menghentikan keadaan ini kerana ia menjadi masalah kepada negara ASEAN," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Perundingan Tidak Rasmi Lanjutan Mengenai Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.
Antara yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow, Menteri Luar Indonesia Sugiono dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro.
Dalam pada itu, Mohamad berkata ASEAN juga mahu pihak pentadbiran Myanmar menghentikan segala bentuk permusuhan terhadap rakyatnya sendiri.
Beliau berkata usaha menghentikan keganasan dan permusuhan itu merupakan antara tonggak penting dalam Konsensus Lima Perkara yang kekal menjadi asas kepada semua tindakan blok serantau itu terhadap isu Myanmar.
Mengenai pemerhati ASEAN bagi pilihan raya Myanmar, Mohamad berkata ASEAN tegas supaya ia dilaksanakan secara adil, telus dan inklusif dengan melibatkan seluruh rakyat memandangkan pilihan raya itu tidak boleh dihentikan oleh mana-mana pihak.
"ASEAN tidak mahu pilihan raya ini cuma sebahagian sahaja rakyat Myanmar yang boleh menyertainya tetapi yang lain-lain itu tidak dapat. Jadi perkara ini juga akan dibawa dalam mesyuarat ketua-ketua negara pada lusa," katanya.
Beliau berkata ASEAN juga berpendirian bahawa tidak akan berganjak daripada Konsensus Lima Perkara dalam usaha menangani isu-isu di Myanmar termasuk memudah cara dialog serta membenarkan bantuan kemanusiaan sampai ke destinasi yang dituju.
"Kita amat kesal bahawa bantuan kemanusiaan itu masih lagi terganggu, masih lagi banyak yang tidak sampai ke tempat yang nak kita hantar kerana adanya beberapa sekatan.
"Jadi kita minta supaya pentadbiran Myanmar membenarkan supaya bantuan kemanusiaan itu sampai kerana hal ini merupakan satu daripada tonggak kepada Konsensus Lima Perkara," katanya.
Myanmar terjerumus dalam krisis politik dan kemanusiaan berpanjangan sejak tentera menggulingkan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) pada 1 Feb 2021.
Pada April tahun sama, pemimpin ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar dan menerima pakai Konsensus Lima Perkara yang antara lain menyeru penghentian segera keganasan, penglibatan dalam dialog membina dengan semua pihak berkepentingan demi memulihkan keamanan dan kestabilan, serta membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Myanmar.
Krisis Myanmar dijangka akan menjadi antara agenda utama perbincangan para pemimpin semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
-- BERNAMA