awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol

Agensi
Agensi
09/04/2023
16:03 MYT
Berjaya dirawat, anjing sembuh daripada ketagihan alkohol
Coco terpaksa diberi ubat bius selama empat minggu untuk merawat gejala ketagihannya. - Gambar Facebook Woodside Animal Welfare Trust
SEEKOR anjing Labrador di Plymouth, barat England, terpaksa dirawat kerana masalah ketagihan alkohol selepas kematian pemiliknya.
Dalam satu hantaran di Facebook, Woodside Animal Welfare Trust memaklumkan Coco, seekor anjing jantan berusia dua tahun, tiba di pusat itu dalam keadaan tidak sihat dan kerap diserang sawan.
Coco terpaksa diberi ubat bius selama empat minggu untuk merawat gejala ketagihannya.
Walaupun pada awalnya doktor tidak meramalkan ia mampu sembuh, Coco menunjukkan pemulihan luar biasa dan kini tidak lagi perlu mengambil ubat.
"Secara fizikal ia nampak telah pulih, tetapi dari segi mental ia masih terganggu dan mudah berasa cemas," kata jurucakap Woodside Animal Welfare Trust, sebuah badan amal penempatan haiwan di Plymouth.
Coco dikatakan mula ketagih alkohol selepas pemiliknya meninggalkan minuman itu terdedah sebelum masuk tidur, lapor akhbar The Telegraph.
"Tiada siapa yang tahu secara spesifik bagaimana anjing boleh mengalami masalah dengan alkohol, tetapi kami tahu jika terlewat diselamatkan, Coco mungkin tidak ada lagi bersama kita," kata badan amal itu.
Topic Berkaitan
#ketagihan alkohol
#anjing
#Plymouth
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan