[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

AS 'berkemungkinan besar' tangguh tarif bagi negara yang berunding 'secara ikhlas'

Bernama 12/06/2025 | 04:30 MYT
Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 "rakan kongsi dagang penting" ke arah mencapai perjanjian perdagangan. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Rabu berkata pentadbiran Trump "berkemungkinan besar" menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara-negara yang sedang mengadakan rundingan perdagangan "secara ikhlas" dengan AS, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat mungkin menangguhkan tarif terhadap negara yang sedang berunding secara ikhlas dalam rundingan perdagangan.
  • AS sedang bekerjasama dengan 18 rakan dagang utama, termasuk Kesatuan Eropah, untuk mencapai perjanjian perdagangan.
  • Setakat ini, hanya dua perjanjian diumumkan: satu dengan United Kingdom dan satu rangka kerja dengan China.

Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan AS, Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 "rakan kongsi dagang penting" ke arah mencapai perjanjian perdagangan.
"Kemungkinan besar negara-negara itu atau blok perdagangan seperti dalam Kesatuan Eropah (EU), yang sedang berunding secara ikhlas, akan diberi penangguhan bagi membolehkan rundingan diteruskan," katanya.
"Jika ada yang tidak berunding, maka kami tidak akan melakukannya," tambahnya.
Walaupun rundingan masih berjalan dengan beberapa negara, hanya beberapa perjanjian yang berjaya dimuktamadkan setakat ini.
AS setakat ini hanya mengumumkan satu perjanjian perdagangan rasmi dengan United Kingdom dan satu perjanjian rangka kerja dengan China.
-- BERNAMA
#tarif AS #rundingan tarif #Amerika Syarikat #blok eropah