awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berlian 404 karat ditemui di Angola

Agensi
Agensi
17/02/2016
04:49 MYT
Berlian 404 karat ditemui di Angola
Berlian tersebut merupakan berlian terbesar yang pernah ditemui di Angola dan berlian ke-27 terbesar yang pernah direkodkan di dunia. - Foto Lucapa Diamond
Sebiji berlian 404.2 karat ditemui di Angola, Afrika dan penemuan itu telah diumumkan syarikat Lucapa Diamond syarikat yang berpangkalan di Australia, pada Isnin.
Pengerusi syarikat tersebut, Miles Kennedy berkata berlian putih yang ditemui itu dianggarkan bernilai lebih daripada A$20 juta (RM60 juta).
Berlian tersebut merupakan berlian terbesar yang pernah ditemui di Angola dan berlian ke-27 terbesar yang pernah direkodkan di dunia, lapor agensi berita ABC.
Ia juga merupakan permata berlian terbesar yang ditemui oleh syarikat Australia tersebut.
Berlian berkenaan telah ditemui di lombong Lulo Diamond Project yang terletak di daerah Lunda Norte, Angola.
Lombong tersebut mewakili 75 peratus daripada pengeluaran tahunan berlian di Angola, dan penemuan terbaru itu merupakan kali keempat berlian yang melebihi 100 karat ditemui di situ.
Angola adalah salah satu daripada empat negara pengeluar berlian terkemuka di dunia.
Sebuah imej yang dikeluarkan oleh Lucapa menunjukkan saiz berlian tersebut yang berukuran 7 sentimeter.
Ketua Eksekutif Lucapa Stephen Wetherall yang mengulas penemuan berharga itu berkata, syarikatnya akan meneruskan usaha mencari sumber berlian besar.
Perkembangan terbaru dari lombong Lulo itu berselang sebulan selepas sebuah lagi syarikat iaitu Lucara Diamond, menemukan berlian 1,111 karat di Botswana.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Angola
#berlian
#Lucapa Diamond
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan