DUNIA
Beruang ditembak mati di utara Jepun dekat lokasi serangan maut
Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada beruang yang ditembak itu adalah haiwan sama yang menyerang mangsa. -Gambar hiasan/Unsplash
TOKYO: Seekor beruang coklat ditembak mati awal pagi Jumaat di bandar Fukushima, wilayah Hokkaido di utara Jepun, berhampiran lokasi serangan maut minggu lalu yang meragut nyawa seorang lelaki, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut penyiar awam NHK, polis menerima laporan daripada seorang penduduk Fukushima yang mendakwa melihat seekor beruang di kawasan Tsukisaki sekitar 2 pagi waktu tempatan.
Anggota polis dan pemburu bergegas ke lokasi dan menemukan seekor beruang coklat setinggi kira-kira 1.5 meter. Beruang itu dilaporkan ditembak mati oleh pemburu pada kira-kira 3.30 pagi.
Di Fukushima, seorang penghantar akhbar berusia 52 tahun diserang dan dibunuh oleh seekor beruang coklat pada awal pagi 12 Julai. Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 800 meter dari tempat penemuan beruang yang ditembak pagi ini.
Polis sedang menyiasat sama ada beruang yang ditembak mati itu adalah haiwan sama yang menyerang mangsa, menurut laporan berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan darurat beruang coklat selama sebulan susulan serangan tersebut, menjadikan ia kali pertama amaran tahap tertinggi dikeluarkan di wilayah utara Hokkaido, dengan polis, bomba dan pemburu menjalankan rondaan 24 jam sehari.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seekor beruang coklat ditembak mati di Fukushima, Hokkaido, Jepun, berhampiran lokasi serangan maut minggu lalu yang meragut nyawa seorang penghantar akhbar.
- Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada beruang yang ditembak itu adalah haiwan sama yang menyerang mangsa; darurat beruang coklat telah diisytiharkan selama sebulan.
- Ini merupakan kali pertama amaran tahap tertinggi dikeluarkan di wilayah tersebut, dengan rondaan 24 jam oleh polis, bomba dan pemburu bagi mengawal ancaman beruang.