Betssy Chavez dilantik PM baharu Peru

Bernama
November 26, 2022 03:50 MYT
Pelantikan Chavez berlaku di tengah-tengah ketegangan baharu antara cabang eksekutif dan perundangan. - Facebook / Betssy Chavez
LIMA: Presiden Peru Pedro Castillo melantik Betssy Chavez sebagai perdana menteri baharu pada Jumaat, menggantikan Anibal Torres yang meletak jawatan.
Torres meletakan jawatan pada Khamis selepas Kongres menolak permohonan usul undi percaya.
Chavez yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kebudayaan dan menteri buruh, bakal menghadiri majlis mengangkat sumpah jawatan yang diadakan di Istana Kerajaan di Lima, lapor Xinhua.
Pelantikan beliau di tengah-tengah ketegangan baharu antara cabang eksekutif dan perundangan yang dicetuskan oleh peletakan jawatan Torres.
-- BERNAMA
#betssy chavez #Perdana Menteri Peru #Anibal Torres