BEIJING: Sidang tahunan Forum Boao untuk Asia (BFA) akan menyediakan peluang dan pendekatan baharu bagi pembangunan negara ASEAN, kata Duta China ke ASEAN, Hou Yanqi.
Beliau menyifatkan penganjuran acara tahunan itu sebagai tepat pada waktunya kerana ia selaras dengan keadaan semasa serta aspirasi negara terbabit.
"Di sebalik wabak COVID-19 dan situasi dunia yang tidak menentu, ekonomi China dan ASEAN kekal berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun lalu.
"BFA tahun ini bakal mencipta lebih banyak peluang dan ruang kerjasama bagi memantapkan lagi aktiviti perdagangan dan ekonomi antara China dengan negara ASEAN," kata beliau.
Hou berkata China dan negara ASEAN melaksanakan sepenuhnya perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), di samping menggerakkan rundingan berhubung penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).
"Integrasi ekonomi serantau merupakan trend yang tidak dapat dielakkan dan ia akan membawa manfaat kepada semua negara terlibat.
"Saya berharap China dan ASEAN dapat mengumpul lebih banyak cadangan dan pandangan berhubung peluang kolaborasi menerusi perbincangan mendalam pada forum berkenaan," tambah beliau.
Bertemakan 'An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development amid Challenges', BFA 2023 dijadual berlangsung di Boao, Hainan bermula 28 hingga 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Hou berkata China dan negara ASEAN melaksanakan sepenuhnya perjanjian RCEP, di samping menggerakkan rundingan berhubung penaiktarafan CAFTA. - Gambar fail REUTERS

Lelaki maut ketika lari daripada Operasi Rantau Dawai
Lelaki terbabit disyaki salah seorang daripada ahli Geng Rantau Dawai yang aktif dalam kegiatan jenayah samun dan pecah masuk kediaman elit.

Big Stage 2023: Tiada penyingkiran, Hoondoo juarai minggu kelima
Tiga peserta Big Stage 2023, Farhan Shah, Coex dan Firdaus Rahmat mampu menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran berlaku untuk minggu kelima.

'Spider-Man: Across the Spider-Verse' ungguli carta global
Filem terbitan Sony Pictures itu turut melepasi jangkaan kutipan dengan ulasan cemerlang oleh Rotten Tomatoes iaitu 95 peratus.

'Saya sendiri malu tengok perlawanan Kelantan FC'
Pemilik Kelantan FC kehilangan kata selepas pasukan miliknya itu terus mengalami kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini.

12 maut dalam runtuhan lombong emas
Kejadian berlaku selepas hujan lebat dan sehingga kini beberapa pelombong masih terperangkap di dalamnya.

Filem arahan Syamsul, Syafiq ada ramuan unik - Jurey Latiff
Aura dan kehebatan Yusof Haslam sampai kepada anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan filem yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

APG 2023: Muhamad Ashraf mahu emas miliknya bakar semangat kontinjen olahraga
Sudah berazam tampilkan aksi terbaik ketika turun berjuang sekali gus menghadirkan pingat pada kejohanan pentas antarabangsa.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Lawatan ke Paris kekalkan momentum, kukuhkan hubungan Malaysia, Perancis - Zambry
Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

Isu Laut China Selatan kekal jadi keutamaan - Menteri Pertahanan
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Ahli akademik akui TNE buka peluang global ikut keperluan ASEAN terutama di Indonesia
Menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi daripada universiti terkemuka seluruh dunia, tanpa perlu tinggalkan negara asal.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.

Nik Nazmi ketuai delegasi ke Singapura, bincang kesan El-Nino, jerebu
Kerajaan akan memperkemas strategi dan mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara jiran, serta hubungan pelbagai hala di peringkat rantau ASEAN dalam menghadapi Monsun Barat Daya dan El Nino ini.

ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.