WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengeluarkan 15 juta tong minyak daripada Rizab Petroleum Strategik Amerika Syarikat (AS) dan penghantaran dijangka dilakukan pada Disember, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa.
"Jabatan Tenaga (DOE) mengeluarkan Notis Jualan 15 juta tong daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR) keesokan hari dan penghantaran akan dibuat pada Disember.
"Jualan ini akan melengkapkan pengeluaran bersejarah 180 juta tong yang diumumkan Presiden pada musim bunga," menurut kenyataan itu.
AS bercadang membeli semula minyak mentah untuk menjamin bekalan SPR apabila harga berada pada atau di bawah julat AS$67-AS$72 setong.
Minyak mentah kini berada pada harga AS$83 setong, menurut penanda aras West Texas Intermediate.
Pengumuman Biden itu dibuat selepas permintaan AS untuk menangguhkan keputusan OPEC+ bagi mengurangkan pengeluaran minyak di tengah-tengah permintaan global yang merosot, tidak diendahkan.
Pentadbiran Biden juga meminta syarikat tenaga AS mengorbankan sebahagian keuntungan mereka dengan menurunkan harga runcit petrol di AS.
AS mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk mengisi semula SPR ke tahap sebelumnya, tetapi Presiden Joe Biden bersedia membenarkan pelepasan minyak tambahan daripada rizab ke pasaran global untuk beberapa bulan akan datang jika perlu.
Pentadbiran Biden tidak akan teragak-agak untuk menggunakan segala langkah yang boleh digunakan untuk meningkatkan bekalan tenaga global, menyokong tahap inventori domestik dan menurunkan harga di negara itu, menurut kenyataan itu.
Terdahulu pada Oktober, kumpulan negara OPEC+ bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari bermula November dan mengambil tahap pengeluaran yang dipersetujui pada Ogos sebagai titik rujukan.
Langkah itu dibuat sebagai tindak balas kepada ketidaktentuan dalam tinjauan pasaran minyak global, sebahagian besarnya disebabkan sekatan Barat ke atas produk tenaga Rusia dan rancangan G7 memperkenalkan had minyak mentah Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Pentadbiran Biden tidak akan teragak-agak untuk menggunakan segala langkah yang boleh digunakan untuk meningkatkan bekalan tenaga global.- Fail/AP
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.