awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS

Bernama
Bernama
14/11/2024
02:15 MYT
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Lawatan ke Amerika Selatan ini akan dimulakan dengan persinggahan di Peru untuk menghadiri sidang kemuncak APEC. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan, menandakan kali pertama presiden AS mengunjungi kawasan itu.
"Presiden Biden akan melawat hutan hujan, berinteraksi dengan pemimpin tempatan yang berusaha untuk memelihara dan melindungi ekosistem kritikal ini," Agensi Anadolu memetik pengumuman Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan pada Rabu.
Lawatan ke Amerika Selatan ini akan dimulakan dengan persinggahan di Peru untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan beliau berhasrat untuk mengetengahkan peranan utama Amerika di Indo-Pasifik.
"Selama empat tahun lalu, beliau secara ketara meningkatkan kedudukan strategik kami di rantau yang penting ini," kata Sullivan.
Selepas APEC, Biden akan berlepas ke Brazil, bermula dengan lawatan bersejarah ke hutan hujan Amazon di Manaus.
"Ini akan menjadi lawatan pertama seorang presiden AS yang sedang berkhidmat ke Amazon," kata Sullivan, menekankan bahawa lawatan ini menunjukkan komitmen peribadi dan negara dalam menangani perubahan iklim.
Lawatan ini akan berakhir dengan penyertaan Biden dalam Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro pada 18-19 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amazon
#hutan hujan
#APEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan