MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden hampir tidak mampu bercakap dua hari sebelum debat yang tidak berjaya dengan Donald Trump kerana selesema kuat dan keletihan, lapor Politico yang memetik sumber yang mengetahui situasi itu, menurut Sputnik.
Pada Jumaat, Biden berkata dalam wawancara dengan ABC News bahawa beliau sakit dan merasa sangat teruk semasa perdebatan itu.
Pada 25 Jun, Biden bangun dengan selesema, mengadakan latihan singkat untuk debat bersama stafnya dan kemudian berehat sepanjang hari, lapor Politico pada Jumaat dengan memetik lima sumber. Ujian COVID-19 beliau dilaporkan negatif.
Keesokan harinya, pembantu cuba mengejar persiapan debat, yang berlanjutan hingga pagi Khamis, menurut laporan itu. Beberapa pembantu percaya bahawa latihan berlebihan menyebabkan Biden bertambah letih, kata sumber kepada laman berita itu.
Biden kelihatan keliru dan tidak koheren sepanjang debat pertamanya dengan calon utama Republikan, Trump, pada Khamis lepas, yang menambah kebimbangan terhadap kebolehan kognitifnya pada usia 81 tahun. Prestasinya yang buruk telah mendorong beberapa ahli politik Demokrat, penderma dan penyokong lain untuk menggesa penyingkirannya sebagai calon.
Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada November. Calon utama yang dijangka bertanding adalah Biden dan Trump, yang kedua-duanya telah memperoleh cukup undi delegasi untuk menjadi calon masing-masing bagi parti Demokrat dan Republikan. Trump dan Biden dijangka berdebat lagi pada 10 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Pada Jumaat, Biden berkata dalam wawancara dengan ABC News bahawa beliau sakit dan merasa sangat teruk semasa perdebatan itu. - Reuters
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.