WASHINGTON:Presiden Amerika yang dipilih Joe Biden secara rasmi mengumumkan kejayaannya pada Sabtu, berikrar menjadi presiden yang berusaha memperbaiki perpecahan dalam negara dan "membuat Amerika kembali dihormati di seluruh dunia" lapor Agensi Anadolu.
"Rakyat sudah bersuara mereka memberikan kemenangan yang jelas, kemenangan yang meyakinkan, kemenangan bagi kita, rakyat," kata Biden kepada sekumpulan penyokongnya di Pusat Chase di Wilmington, Delaware.
"Saya berikrar akan menjadi presiden yang berusaha untuk menyatukan dan bukan memecahbelahkan, kita tidak mahu melihat negeri merah mahupun biru hanya Amerika Syarikat."
Berucap secara langsung kepada penyokong Donald Trump yang akan melangkah keluar, Biden berkata memahami kekecewaan yang dialami, tetapi kini adalah masa untuk memberi ruang untuk bersama-sama maju ke depan.
"Sudah tiba masanya singkirkan segala retorik, redakan perasaan marah, saling bersua dan berbicara. Dan untuk mencapai kemajuan, kita harus berhenti memperlakukan seteru kita sebagai musuh. Mereka bukan musuh kita. Mereka adalah rakyat Amerika," ujar beliau dalam ucapan sulungnya selepas menawan Rumah Putih.
Kejayaan Biden menjadikan Trump sebagai presiden AS yang mengetuai Rumah Putih untuk sepenggal dalam tempoh hampir tiga dekad. Bagaimanapun, Trump tidak berputus asa dan berazam untuk meneruskan tindakan undang-undang di beberapa negeri.
Presiden yang bakal menamatkan pentadbirannya itu enggan menyerah kalah walaupun hampir semua saluran berita utama di AS mahu beliau menamatkan perlumbaan, sebaliknya Trump menegaskan pilihan raya "masih belum selesai."
Trump dilihat akan meninggalkan pejabat ketika pandemik COVID-19 kian meruncing dengan AS melaporkan lebih 100,000 kes sehari sejak Rabu.
Selain berdepan tugas berat untuk krisis kesihatan yang kian parah, Biden juga dituntut untuk menyatukan kembali masyarakat Amerika yang sudah berpecah.
BACA: AS Memilih: Joe Biden mahu tumpu perkukuh perpaduan rakyat
Presiden dipilih itu berkata tugas pertamanya sebaik menjejak kaki di Rumah Putih adalah untuk mengendalikan pandemik, tanpa mengatasi masalah itu sukar bagi AS membuat kemajuan dan membangun semula ekonomi serta mengembalikan negara seperti biasa.
Langkah pertamanya dilapor akan bermula seawal Isnin dengan menamakan sekumpulan saintis dan pakar terkemuka sebagai penasihat peralihan kuasa.
Biden yang akan mencecah usia 78 tahun dua bulan sebelum upacara pelantikan rasmi, menjadikannya presiden tertua dalam sejarah AS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020
Biden akan mencecah usia 78 tahun dua bulan sebelum upacara pelantikan rasmi, menjadikannya presiden tertua dalam sejarah AS. (Foto AP)
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Pasca AS Memilih: Biden, Trump akan bertemu di Pejabat Oval pada Rabu
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan Donald Trump, yang bakal menjadi penggantinya di Pejabat Oval.
Prabowo bertemu Joe Biden, sedia kukuhkan kerjasama
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, di White House pada Selasa.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.