WASHINGTON/ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadual mengadakan siri lawatan ke Israel, Tebing Barat dan Arab Saudi pada bulan depan, kata seorang pegawai kanan pentadbiran sekali gus menamatkan spekulasi mengenai lawatannya ke Asia Barat.
Lawatan pada 13 hingga 16 Julai itu akan melibatkan perjumpaan dengan rakan sejawat dan pegawai kanan.
Dalam satu kenyataan yang memperincikan jadual lawatan itu, jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre berkata Biden akan bertemu dengan pemimpin Israel yang antara lain akan membincangkan mengenai isu keselamatan dan kemakmuran.
Selepas itu, Biden akan melawat Tebing Barat untuk bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan pegawai kanan yang lain, lapor Agensi Anadolu.
Biden juga dijangka mengesahkan komitmennya terhadap penyelesaian dua negara dan membincangkan kaedah untuk mencapai kata sepakat menerusi landskap politik demi memastikan kebebasan, keselamatan, kemakmuran dan maruah yang sama rata kepada rakyat Israel dan Palestin.
Beliau kemudian akan ke Jeddah, Arab Saudi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk melibatkan Mesir, Iraq dan Jordan (dikenali GCC+3).
Di Jeddah beliau dijadual bertemu presiden dan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan global.
Jean-Pierre berkata Biden "menghargai undangan dan kepimpinan Raja Salman", yang telah menjadi rakan kongsi strategik AS selama hampir lapan dekad."
Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA) mengesahkan lawatan ke Arab Saudi bakal berlangsung pada 15 hingga 16 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Biden (gambar) turut melawat Tebing Barat untuk bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan pegawai kanan yang lain. - Gambar fail/AP
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran
AS akan terus melindungi keselamatan Israel sekalipun ketika Biden dan Netanyahu sering tidak sependapat konflik di Palestin.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan" di Gaza - Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden "marah" dan "kecewa" berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
AS hantar lebih banyak bom ke Israel
Presiden Joe Biden meluluskan perjanjian pembekalan senjata, bom dan jet tempur bernilai berbilion dolar kepada Israel secara rahsia.