WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membincangkan situasi di Ukraine dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika kedua-dua pemimpin merasmikan Dialog Menteri 2+2 AS-India keempat.
"Kedua-dua pemimpin... membincangkan kesan ketidakstabilan konflik Rusia-Ukraine, dengan tumpuan khusus pada bekalan makanan global. Biden dan Modi berharap dapat bertemu secara bersemuka penghujung musim bunga ini di Tokyo, pada sidang kemuncak Quad," menurut kenyataan Rumah Putih pada Isnin lapor Sputnik.
Kedua-dua pemimpin turut komited untuk mengukuhkan hubungan AS-India melalui kerjasama tenaga bersih, teknologi dan ketenteraan.
"Biden dan Modi komited untuk meneruskan kerjasama - dua hala dan pelbagai hala - dalam menamatkan pandemik COVID-19, mengukuhkan keselamatan kesihatan global, memajukan keselamatan makanan global dan memastikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
"Mereka menekankan komitmen bersama, sebagai pemimpin negara demokrasi terbesar di dunia, untuk menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara di Indo-Pasifik dan sekitarnya," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Modi menyifatkan keadaan di Ukraine sebagai sangat membimbangkan.
Beliau berkata, lebih 20,000 warga India, kebanyakannya pelajar, terkandas di negara itu sejak beberapa minggu lalu.
Menurut Modi, dalam perbualan telefon dengan Presiden Rusia dan Ukraine, beliau meminta kedua-dua pihak untuk berdamai dan mencadangkan perbincangan secara bersemuka diadakan.
"Berita mengenai pembunuhan orang awam yang tidak bersalah di bandar Bucha baru-baru ini sangat membimbangkan. Kami mengutuknya dan menuntut siasatan yang adil. Kami berharap dialog berterusan antara Rusia dan Ukraine akan membuka jalan kepada keamanan," katanya.
Sementara itu, pada Isnin, seorang pegawai kanan pentadbiran Biden berkata, AS berpendapat, India tidak perlu meningkatkan importnya ke atas produk tenaga Rusia.
"Washington bersedia untuk membantu New Delhi mempelbagaikan import tenaganya," katanya.
Isu itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh pegawai kanan AS dan India semasa mesyuarat menteri yang dijadualkan pada Isnin. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Presiden Joe Biden mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Narendra Modi menerusi sidang video di White House, Washington. Gambar REUTERS
514,070 murid di sabah nikmati prasarana lebih baik
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan Malaysia merudum, apa perlu dilakukan?
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Pelaburan AI perlu dimanfaatkan di setiap peringkat masyarakat
Menurut Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. TS. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, inisiatif ini telah disusun untuk memberi panduan yang jelas dalam sokongan terhadap ekosistem pembangunan dan penggunaan teknologi AI negara.
Mesyuarat kaji penubuhan rangkaian 5G kedua Selasa depan
Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional BHD (DNB) akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi mengkaji laporan usaha wajar berkaitan penubuhan rangkaian 5G kedua.
DNB, Ericsson bekerjasama memangkinkan pendigitalan
Kerjasama itu menandakan inisiatif industri perintis yang akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri berbeza dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran
AS akan terus melindungi keselamatan Israel sekalipun ketika Biden dan Netanyahu sering tidak sependapat konflik di Palestin.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.