awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden mungkin tidak hadir Mesyuarat AELW APEC kerana 'majlis kahwin'

Bernama
Bernama
25/09/2022
08:45 MYT
Biden mungkin tidak hadir Mesyuarat AELW APEC kerana 'majlis kahwin'
Thailand dan AS sedang menyelaras usaha agar Biden dapat menghadiri mesyuarat berkenaan. - Gambar/ Reuters
BANGKOK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kemungkinan tidak akan menghadiri Mesyuarat Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-29 di Bangkok pada November.
Bagaimanapun, Thailand dan AS sedang menyelaras usaha agar Biden dapat menghadiri mesyuarat berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Thailand dan jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat mengesahkan bahawa "ada majlis perkahwinan di Rumah Putih".
"Presiden melihat kepentingan APEC, justeru Thailand dan AS sedang menyelaras usaha agar Presiden dapat menghadiri mesyuarat di Bangkok," katanya.
Sebelum ini, media tempatan Thai PBS melaporkan Biden tidak akan menghadiri mesyuarat pemimpin APEC di Bangkok kerana "urusan keluarga".
Rumah Putih dilaporkan telah memaklumkan kepada Kedutaan Thailand di Washington DC bahawa Naib Presiden Kamala Harris akan mewakili Biden ke mesyuarat yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Nov itu.
Harris akan ke Bangkok dan menghadiri sidang kemuncak itu selama dua hari.
Laporan itu menyebut Biden akan menyertai sidang kemuncak G20 di Bali pada 15 hingga 16 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Mesyuarat AELW APEC
#Thailand
#majlis perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan