awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump

Bernama
Bernama
15/07/2024
05:20 MYT
Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump
Biden berkata, perbezaan politik sepatutnya diselesaikan di peti undi dan bukannya dengan peluru. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Sudah tiba masanya untuk meredakan retorik politik di Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Joe Biden semasa ucapan mengenai cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump.
"Retorik politik di negara ini semakin hangat. Sudah tiba masanya untuk menyejukkannya," kata Biden pada Ahad.
Menurut Presiden, perbezaan politik sepatutnya diselesaikan di peti undi dan bukannya dengan peluru.
Seorang lelaki bersenjata menembak Trump di telinga kanannya pada Sabtu, membunuh seorang penonton dan mencederakan dua yang lain semasa perhimpunan kempen beliau di Pennsylvania.
Sementara itu, awal hari ini, Biden bercakap mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
"Kami belum tahu motif penyerang. Kami tidak tahu pandangannya, hubungannya, jika dia mempunyai bantuan atau jika dia bercakap dengan orang lain," kata Biden.
FBI sedang menyiasat insiden itu sebagai cubaan membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kes Tembak
#cubaan bunuh
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan