[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Biden tandatangan rang undang-undang perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan

Bernama 01/10/2023 | 06:29 MYT
Biden ketika menandatangani rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek untuk memastikan kerajaan terus dapat beroperasi. -X @POTUS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menandatangani rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek untuk memastikan kerajaan terus dapat beroperasi, lapor Agensi Anadolu.
"Saya baru sahaja menandatangani undang-undang untuk memastikan kerajaan dibuka selama 47 hari.
"Terdapat banyak masa untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan kerajaan untuk tahun fiskal akan datang dan saya menggesa Kongres terus menjalan tugas mereka.
"Rakyat Amerika mengharapkan kerajaan dapat beroperasi. Mari kita pastikan ia berlaku," tulis Biden di X.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut memuat naik gambar ketika menandatangani rang undang-undang itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Langkah itu dibuat selepas Senat AS meluluskan rang undang-undang, dengan undian 88-9 menyaksikan sokongan dwipartisan.
Sebelum ini, Dewan Perwakilan turut meluluskan langkah tambahan untuk membiayai kerajaan selama 45 hari dengan undian 335-91.-- BERNAMA
#Joe Biden #rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek #Senat AS #sokongan dwipartisan