awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden tandatangani perintah eksekutif, jalankan kajian pelaburan asing dalam teknologi

Bernama
Bernama
16/09/2022
06:35 MYT
Biden tandatangani perintah eksekutif, jalankan kajian pelaburan asing dalam teknologi
Pentadbiran Biden mendapati terdapat pelaburan tertentu daripada rakyat asing yang boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan negara. - AP
ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis menandatangani perintah eksekutif untuk kajian mendalam berhubung pelaburan asing dalam bidang teknologi, terutamanya membabitkan cip dan rantaian bekalan, lapor Anadolu.
Pentadbiran Biden mendapati terdapat pelaburan tertentu daripada rakyat asing, terutamanya melibatkan pesaing atau seteru, boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan negara.
"Sesetengah negara menggunakan pelaburan asing untuk mendapatkan akses kepada data dan teknologi sensitif bagi tujuan memudaratkan keselamatan AS.
"Memandangkan ia melibatkan isu keselamatan negara, termasuk tindakan sesetengah negara dan individu yang berusaha menjejaskan keselamatan AS semakin berleluasa, proses semakan Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS, atau Jawatankuasa) juga mesti diperluas," menurut kenyataan Rumah Putih.
Selain itu perintah eksekutif berkenaan turut mengaitkan peranan, tindakan dan keupayaan CFIUS terhadap pentadbiran keselamatan negara, termasuk memelihara kepimpinan teknologi, melindungi data sensitif rakyat Amerika dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan AS.
Akta CHIPS dan Sains dwipartisan memperuntukkan US$52.7 bilion untuk meningkatkan pengeluaran semikonduktor buatan Amerika, menangani kelemahan rantaian bekalan dengan mengeluarkan lebih banyak barangan keluaran tempatan, memperkukuh penyelidikan saintifik dan meningkatkan keselamatan ekonomi dan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#pelaburan asing
#faktor keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan