awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden tandatangani perintah eksekutif mengenai dokumen 9/11

Bernama
Bernama
04/09/2021
04:05 MYT
Biden tandatangani perintah eksekutif mengenai dokumen 9/11
Presiden Joe Biden pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif mengarahkan pentadbirannya untuk meneliti beberapa dokumen berkaitan siasatan FBI terhadap serangan pengganas 11 September 2001. -Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Joe Biden pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif mengarahkan pentadbirannya untuk meneliti beberapa dokumen berkaitan siasatan FBI terhadap serangan pengganas 11 September 2001.
Di bawah arahan itu, Jabatan Kehakiman dan agensi persekutuan lain diminta mengkaji dokumen dan melihat beberapa maklumat yang mungkin boleh dikongsi kepada umum, dalam tempoh enam bulan, lapor agensi berita Xinhua.
"Kita tidak boleh melupakan penderitaan keluarga yang kehilangan orang terasayang, 2,977 orang menjadi mangsa akibat serangan pengganas terhadap Amerika, terburuk dalam sejarah negara kita," kata Biden dalam satu kenyataan.
Ketua Jawatankuasa Perisikan, Adam Schiff, berkata pihaknya akan memantau bagi memastikan semua agensi mematuhi arahan presiden untuk menerapkan tahap ketelusan maksimum yang dibenarkan undang-undang ketika melakukan kajian tersebut.
Sejak bertahun-tahun sejumlah keluarga mangsa serangan 9/11 mendesak kerajaan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai tragedi itu kepada umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#perintah eksekutif
#serangan pengganas
#11 September 2001
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan