awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api

Bernama
Bernama
23/09/2023
02:40 MYT
Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris ketika pengumuman mengenai Pejabat Pencegahan Keganasan Senjata Rumah Putih pada majlis di Rose Garden, White House, Washington, 22 Sept 2023. - REUTERS
HOUSTON (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan penubuhan Pejabat Pencegahan Keganasan Senjata Rumah Putih yang pertama seumpamanya di AS untuk menangani kes kematian akibat insiden tembakan.
"Senjata api adalah pembunuh nombor satu kanak-kanak di Amerika, berbanding kemalangan kereta, akibat kanser dan penyakit yang lain.
"Pada tahun 2023, setakat ini negara kita telah mengalami lebih daripada 500 insiden tembakan besar-besaran dan lebih 30,000 kematian akibat keganasan senjata api.
"Ini sama sekali tidak boleh diterima...Kita perlu bertindak sekarang," kata Biden pada sidang akhbar Rumah Putih pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Biden berkata pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act yang diluluskan oleh Kongres tahun lepas.
Penubuhannya juga antara lain bertujuan untuk menyediakan khidmat sokongan kepada mangsa yang terselamat, keluarga dan komuniti yang terjejas, termasuk penjagaan kesihatan mental dan bantuan kewangan.
Presiden Biden berkata gabungan membanteras penggunaan senjata api secara haram, memerangi kumpulan penyeludupan senjata api dan pemeriksaan yang ketat akan menyumbang kepada mengurangkan keganasan senjata api.
Beliau turut berikrar untuk meneruskan usaha mengharamkan penyalahgunaan senjata api.
Naib Presiden Kamala Harris akan bertanggungjawab untuk menerajui pejabat baharu itu.
"Di negara kita hari ini, satu daripada lima orang telah kehilangan ahli keluarga akibat keganasan senjata api. Setiap hari, kira-kira 120 rakyat Amerika terbunuh dengan senjata api.
"Kita tidak boleh menormalkan semua ini. Ini bukan statistik semata-mata. Ini anak-anak kita, adik-beradik kita, ibu dan bapa kita," kata Harris.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#pejabat cegah keganasan senjata api
#keganasan senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan