INTERNATIONAL
Bilik kebal 'hari kiamat': Malaysia sumbang benih padi, terung dan kacang panjang

Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka buat kali pertama pada 2025 untuk menerima deposit benih dari Malaysia serta 20 negara lain. - Foto TikTok MARDI
SHAH ALAM: Malaysia berjaya menempatkan benih warisan dan varieti tradisional di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) yang terletak di Pulau Longyearbyen, Norway.
Ringkasan AI
- Malaysia berjaya menempatkan benih warisan dan varieti tradisional di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) di Norway untuk memastikan keterjaminan sumber genetik makanan negara.
- Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Projek Biodiversity for Opportunities, Livelihoods and Development (BOLD) dengan dana daripada CropTrust, melibatkan koleksi MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI.
- Sebanyak 725 aksesi tanaman, termasuk padi, terung, dan kacang panjang, telah dihantar dalam dua penghantaran pada Mei dan Disember 2024, dengan pintu SGSV dibuka pada 26 Februari 2025 untuk menerima deposit benih dari Malaysia dan 20 negara lain.
“Sumber genetik daripada koleksi MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI yang dikumpulkan sejak 1977 dipilih sebagai simpanan pendua di Svalbard,” kata kenyataan itu.

Struktur kebal ni terletak dalam keadaan tanah beku kekal (permafrost) dengan suhu semula jadi kurang daripada 18 darjah Celsius. - Foto TikTok MARDI
Tambahnya, antara benih yang dihantar termasuk varieti tradisional seperti padi, terung, dan kacang panjang.
“Sebanyak 725 aksesi tanaman telah di duplikasi di sana menerusi dua penghantaran yang dilakukan pada Mei dan Disember 2024.
“Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka buat kali pertama pada 2025 untuk menerima deposit benih dari Malaysia serta 20 negara lain,” ujar kenyataan tersebut.

Antara benih yang dihantar termasuk varieti tradisional seperti padi, terung, dan kacang panjang.
Menurut kenyataan itu lagi, usaha berkenaan merupakan langkah penting bagi memastikan keterjaminan dan ketersediaan sumber genetik makanan negara sekiranya berlaku bencana yang menjejaskan kemudahan penyimpanan sumber genetik tempatan.
“SGSV dikenali sebagai ‘doomsday vault’ kerana fungsinya sebagai benteng perlindungan terakhir bagi benih-benih penting dunia.
“Dengan penyimpanan ini, Malaysia kini mempunyai salinan sandaran bagi tanaman penting negara sekali gus memastikan kelangsungan sumber makanan untuk generasi akan datang,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami