Skip to main content

Dunia

Bill Gates batal sampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak AI India

Tennis - Australian Open - Melbourne Park, Melbourne, Australia - January 31, 2026 Bill Gates attends the men's doubles final match between Australia's Jason Kubler and Australia's Marc Polmans and Christian Harrison of the U.S. and Britain's Neal Skupski REUTERS/Tingshu Wang
Bill Gates dilaporkan membatalkan kemunculannya di India AI Impact Summit (Sidang Kemuncak AI India) pada Khamis, di mana beliau sepatutnya menyampaikan ucaptama. - Gambar Reuters

NEW DELHI: Pengasas Microsoft dan bilionair, Bill Gates dilaporkan membatalkan kemunculannya di India AI Impact Summit  (Sidang Kemuncak AI India) pada Khamis, di mana beliau sepatutnya menyampaikan ucaptama. 

Keputusan ini menambah lagi masalah kepada acara tersebut, yang sebelum ini sudah dikritik kerana kelemahan penganjuran, masalah teknikal melibatkan robot, serta rungutan para peserta mengenai gangguan lalu lintas akibat pergerakan tetamu kenamaan (VIP).

Advertisement

Tiada sebab khusus diberikan berhubung pembatalan itu. 

Bagaimanapun, Yayasan Gates memaklumkan, Gates menarik diri bagi memastikan tumpuan sidang kemuncak kekal pada agenda utama berkaitan kecerdasan buatan.

Pembatalan ini berlaku selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bulan lalu mengeluarkan e-mel yang menunjukkan komunikasi antara Jeffrey Epstein — ahli kewangan yang telah meninggal dunia dan pernah disabitkan dengan kesalahan seksual — dengan kakitangan yayasan tersebut.

Dokumen itu menunjukkan Gates dan Epstein bertemu beberapa kali selepas Epstein selesai menjalani hukuman penjara untuk membincangkan pengembangan kerja-kerja dermawan Gates. 

Gates sebelum ini menyatakan hubungan itu hanya berkaitan perbincangan filantropi dan bahawa beliau menyesal kerana pernah bertemu Epstein.

Yayasan Gates, yang ditubuhkan oleh Bill Gates dan bekas isterinya pada tahun 2000, kini menjadi antara organisasi terbesar dunia dalam membiayai inisiatif kesihatan global. 

Gates masih berkhidmat sebagai Pengerusi dan ahli lembaga yayasan tersebut. - Agensi

Must Watch Video