SEORANG guru di Amerika Syarikat telah ditahan selepas dikatakan meletakkan anaknya yang positif COVID-19 dalam but kereta.
Dia berbuat demikian bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada virus itu semasa dalam perjalanan ke pusat kesihatan bagi melakukan ujian saringan, lapor media tempatan.
Sarah Beam, 41, dilaporkan akan didakwa dengan tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak.
Seorang saksi menghubungi polis selepas mendengar suara dalam but kereta itu dalam kejadian pada 3 Januari lalu di Harris County, Texas.
Beam berkata anak lelakinya yang berusia 13 tahun telah disahkan positif COVID-19 dan dia membawanya ke Stadium Pridgeon untuk saringan bagi mengesahkan ujian awal itu.
Dia dilaporkan telah mengakui meletakkan anaknya dalam but kereta kerana tidak mahu dirinya dijangkiti.
Beam bekerja sebagai guru di Sekolah Tinggi Cypress Falls sejak 2011, tetapi kini digantung tugas sementara, menurut media tempatan.
"Penguatkuasa undang-undang menjalankan siasatan penuh dan telah mengeluarkan waran tangkap. Mujur remaja itu baik-baik sahaja," kata kenyataan dari Jabatan Polis ISD Cy-Fair.
Sarjan Richard Standifer, dari Jabatan Keselamatan Awam Texas, memberitahu stesen TV tempatan KHOU 11 remaja lelaki itu boleh mengalami cedera parah jika berlaku kemalangan.
"Saya tidak pernah mendengar orang diletakkan dalam but kereta hanya kerana mereka didapati positif, tak kisahlah penyakit apa sekali pun," kata Standifer.
Agensi
Sat Jan 08 2022

Seorang saksi menghubungi polis selepas mendengar suara dalam but kereta itu dalam kejadian pada 3 Januari lalu di Harris County, Texas. - Sarah Reingewirtz/The Orange County Register via AP
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov.

Ribuan bangkai ikan terdampar di pantai Texas
Beribu-ribu bangkai ikan Menhaden ditemukan terdampar di sepanjang Pantai Teluk di selatan negeri Texas, Amerika Syarikat.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

AS: 2 ahli pasukan sorak ditembak di parkir pasar raya selepas salah buka pintu kereta
Suspek, lelaki berkulit putih dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin.

Texas: Tertuduh kes tembakan di El Paso dijatuhi 90 hukuman penjara seumur hidup
Menurut dokumen mahkamah, Patrick Crusius menerima 90 hukuman penjara seumur hidup, satu bagi setiap pertuduhan ke atas 90 pertuduhan.

51 tahun diculik, akhirnya wanita ini bersatu dengan keluarga kandung
Melissa dilarikan oleh pengasuhnya pada 23 Ogos 1971.

Wanita didapati bersalah belah perut, 'culik' kandungan wanita hamil
Seorang wanita berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita berusia 21 tahun dan bertindak 'menculik' bayi dalam kandungan mangsa.

Kanak-kanak 12 tahun tembak bapa sendiri
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertindak kejam selepas menembak bapanya sebelum mengambil keputusan menembak diri sendiri.

Krisis kemarau di Texas: Tapak kaki dinosaur dikesan susulan sungai kering
Ia dikesan di Dinosaur Valley State Park, berdekatan Fort Worth, Texas, di dasar sungai yang telah kering.

PBB dukacita, mayat migran dijumpai dalam treler di Texas, majoriti rakyat Mexico
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Mexico perlu menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang mempunyai kaitan dengan tragedi ini ke muka pengadilan.