DUNIA

AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump

Bernama 03/02/2026 | 05:00 MYT
Trump berkata, inisiatif itu melibatkan pembiayaan bank eksport dan import sebanyak US$10 bilion serta sektor swasta US$2 bilion. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu sedang mewujudkan rizab strategik mineral kritikal untuk pertahanan nasional, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Donald Trump mengumumkan penubuhan rizab strategik mineral kritikal untuk pertahanan AS.
  • Inisiatif ini melibatkan pembiayaan bank eksport dan import sebanyak US$10 bilion serta sektor swasta US$2 bilion.
  • AS sedang menandatangani perjanjian mineral utama dengan negara lain untuk memastikan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan penyelarasan kerjasama yang berjaya.


"Sama seperti kita mempunyai rizab strategik petroleum sejak sekian lama dan stok simpanan mineral kritikal untuk pertahanan nasional, kini kita sedang mewujudkan rizab ini untuk industri Amerika agar kita tidak menghadapi sebarang masalah (bekalan).

"Inisiatif bersejarah ini akan menggabungkan pembiayaan bank eksport dan import berjumlah US$10 bilion, dengan pembiayaan sektor swasta sebanyak US$2 bilion. Kami malah menjangkakan pembayar cukai Amerika akan mendapat keuntungan daripada faedah pinjaman yang digunakan untuk memulakan projek simpanan ini," kata Trump di Pejabat Oval.

Beliau menegaskan bahawa kelulusan Kerajaan Persekutuan adalah sangat penting dan menambah bahawa AS sedang menandatangani perjanjian mineral utama dengan negara-negara dari seluruh dunia, selain menyifatkan kerjasama yang dijalankan setakat ini sebagai berjaya.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI






#Amerika Syarikat #rizab mineral kritikal #Donald Trump #rizab strategik mineral kritikal