Bintang filem lucah, Stormy Daniels ada video bogel Trump, bakal dedah malam ini?

Agensi
Mac 25, 2018 01:28 MYT
Pelakon filem lucah, Stormy Daniels Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford membayangkan pihaknya miliki video bogel Presiden Donald Trump. - Gambar AP
Pelakon filem lucah Amerika Syarikat, Stormy Daniels bakal mendedahkan kisah hubungan sulitnya dengan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam rancangan bual bicara CBS "60 Minutes" hari ini.
Ini termasuk video bersama Presiden Amerika Syarikat itu yang mungkin akan didedahkan Daniels.
Peguam Daniels, Michael Avenatti menerusi Twitternya memuat naik gambar menunjukkan sekeping DVD dengan kapsyen: "Jika gambar menceritakan seribu perkataan, agaknya gambar ini bernilai berapa perkataan????"
Tweet misteri itu membayangkan anak guamnya itu ada rakaman 'bersama' Presiden AS itu.

If picture is worth a thousand words,how many words is this worth?????#60minutes #pleasedenyit #basta pic.twitter.com/eCkU0JBZaR

— Michael Avenatti (@MichaelAvenatti) March 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skandal seks Trump menjadi bualan hangat apabila seorang lagi wanita dikaitkan dengan Presiden AS itu.
Terbaharu, bekas model majalah Playboy, Karen McDougal 47, mendakwa menjalin hubungan selama sembilan bulan ketika tempoh awal perkahwinan Trump dengan Melania.
BACA: Donald Trump 'hadiahkan' saya wang selepas kami bersama - Model Playboy dedah hubungan terlarang
BACA: Melania tahu tentang skandal seks Trump
#DVD #Karen McDougal #Michael Avenatti #pelakon filem lucah #Playboy #Presiden Amerika Syarikat #Stormy Daniels #Twitter #video bogel