awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Hollywood Gene Hackman dan isteri ditemukan mati di rumah

Bernama
Bernama
27/02/2025
10:11 MYT
Bintang Hollywood Gene Hackman dan isteri ditemukan mati di rumah
Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan Gene Hackman dan isterinya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe. - Reuters
LONDON: Pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi Oscar, Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di New Mexico, Amerika Syarikat.
Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan pasangan itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Rabu di rumah mereka di Santa Fe.
Menurut polis, siasatan masih berjalan namun buat masa ini mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Bintang Hollywood berusia 95 tahun itu memenangi dua Anugerah Akademi (Oscar) dan dua Anugerah BAFTA sepanjang kerjayanya yang menjangkau beberapa dekad.
Hackman meraih Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik pada 1972 menerusi wataknya sebagai Detektif Jimmy 'Popeye' Doyle dalam filem The French Connection.
Beliau turut memenangi Oscar bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Unforgiven pada 1992, arahan Clint Eastwood.
--BERNAMA-PA Media/dpa
Topic Berkaitan
#bintang Hollywood
#Gene Hackman
#selebriti
#meninggal dunia
#Betsy Arakawa
#pemenang Oscar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan