awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang K-pop G-Dragon dilantik Duta Kehormat Sidang Kemuncak APEC

Bernama
Bernama
23/07/2025
09:30 MYT
Bintang K-pop G-Dragon dilantik Duta Kehormat Sidang Kemuncak APEC
Pelantikan dilihat menonjolkan kreativiti dan pengaruh budaya Korea, selaras dengan peranan G-Dragon sebagai artis terkemuka antarabangsa. - Foto Instagram G-Dragon
SEOUL: Bintang K-pop terkenal, G-Dragon dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Gyeongju pada Oktober ini, umum Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Korea Selatan melantik artis K-pop terkenal G-Dragon sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak APEC yang akan berlangsung pada 31 Oktober di Gyeongju.
  • Pelantikan ini dilihat menonjolkan kreativiti dan pengaruh budaya Korea, selaras dengan peranan G-Dragon sebagai artis terkemuka di peringkat antarabangsa.
  • Sidang kemuncak yang melibatkan 21 ekonomi anggota APEC disasarkan memanfaatkan sinergi antara sektor ekonomi dan daya tarikan budaya menjelang acara berprestij tersebut.

Kim mengumumkan pelantikan itu menerusi laman Facebook rasminya dan menyifatkan G-Dragon sebagai "artis terkemuka Korea Selatan" yang sentiasa menunjukkan kreativiti dan inovasi, lapor Yonhap.
"Dengan berbaki 100 hari sebelum sidang kemuncak, nantikan sinergi antara G-Dragon dan APEC!" menurut hantaran itu.
Kim kini mempengerusikan jawatankuasa persiapan bagi acara berkenaan.
Sidang kemuncak tahunan itu dijadual diadakan pada 31 Okt di bandar Gyeongju, tenggara Korea Selatan dengan penyertaan pemimpin daripada 21 ekonomi anggota APEC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#artis K-pop
#G-Dragon
#Sidang Kemuncak APEC
#duta kehormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan