DUNIA

Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu

Astro Awani 05/02/2026 | 07:42 MYT
Tony Jaa (foto) dilapor sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024. -Foto Facebook
BANGKOK: Bintang aksi Thailand, Tony Jaa, dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024.


Ringkasan AI
  • Tony Jaa sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024, dengan penyakit yang berada pada tahap 3 menghampiri tahap 4 ketika dikesan.
  • Rawatan agresif termasuk pembedahan dan kemoterapi menunjukkan perkembangan positif, walaupun keadaannya kini lebih stabil tetapi masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.
  • Peminat bimbang apabila Tony Jaa kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial, tetapi beliau tetap memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan sambil menerima sokongan daripada peminat di seluruh dunia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut laporan media Thailand, aktor itu pada mulanya mengalami kesakitan pada bahagian perut serta simptom jaundis sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan penyakit tersebut.

Sumber terdekat memaklumkan bahawa kanser itu berada pada tahap 3 menghampiri tahap 4 ketika dikesan, namun rawatan agresif termasuk pembedahan dan kemoterapi menunjukkan perkembangan positif.

Laporan Channel 3 turut menyatakan keadaan Tony Jaa kini lebih stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

Kebimbangan peminat meningkat selepas beliau kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial, meskipun laman Facebook rasminya tidak menyebut mengenai penyakit berkenaan.

Dalam muat naik terbaharu pada 31 Januari, Tony Jaa hanya berkongsi mengenai penggambaran video muzik baharunya berjudul One More Round.

Tony Jaa, atau nama sebenarnya Tatchakorn Yeerum, menyambut ulang tahun ke‑50 minggu ini.

Beliau meraih populariti global menerusi filem Ong Bak (2003) yang menonjolkan kehebatan Muay Thai, sekali gus membuka laluan ke industri filem Hong Kong dan Hollywood.

Sumber industri hiburan turut memaklumkan bahawa keluarga aktor itu menjaga beliau dengan baik, dan Tony Jaa kini memberi tumpuan kepada rawatan serta proses pemulihan.

Peminat dari seluruh dunia memenuhi ruangan media sosialnya dengan ucapan semangat dan doa agar beliau kembali pulih.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah penyakit yang sedang dijalani oleh bintang aksi Thailand, Tony Jaa?
    A: Tony Jaa sedang menjalani rawatan untuk kanser pundi hempedu selepas didiagnosis pada Jun 2024.
  • Q: Bagaimanakah reaksi peminat apabila melihat Tony Jaa semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial?
    A: Kebimbangan peminat meningkat apabila Tony Jaa kelihatan semakin kurus dalam beberapa hantaran di media sosial.
  • Q: Apa yang dilaporkan berkenaan dengan keadaan kesihatan Tony Jaa selepas menjalani rawatan?
    A: Laporan Channel 3 menyatakan bahawa keadaan kesihatan Tony Jaa kini lebih stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.



#Tony Jaa #Ong Bak #kanser pundi hempedu #kemoterapi #Muay Thai