awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Squid Game didakwa atas salah laku seksual

Agensi
Agensi
26/11/2022
04:00 MYT
Bintang Squid Game didakwa atas salah laku seksual
Oh dihadapkan ke mahkamah pada Khamis kerana didakwa menyentuh seorang wanita secara tidak wajar pada 2017.
SEOUL: Pelakon Squid Game, Oh Young-soo didakwa atas tuduhan salah laku seksual, lapor AFP pada Jumaat.
Aktor berusia 78 tahun itu pada Januari menjadi pelakon Korea Selatan pertama memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi wataknya dalam siri popular Netflix itu.
Menurut laporan media tempatan, Oh dihadapkan ke mahkamah pada Khamis kerana didakwa menyentuh seorang wanita secara tidak wajar pada 2017.
"Semua yang dilaporkan oleh media tempatan mengenai Oh sebenarnya tidak salah," kata seorang pegawai dari Pejabat Pendakwa Daerah Suwon kepada AFP, tanpa memberikan butiran lanjut.
Berikutan berita itu, Kementerian Kebudayaan Seoul memutuskan untuk menghentikan penyiaran komersial kerajaan mengenai inovasi pengawalseliaannya yang menampilkan Oh.
Squid Game menjadi siri Netflix yang paling popular pernah diterbitkan, menarik 111 juta peminat dalam masa kurang daripada empat minggu selepas mula ditayangkan pada 2021.
Sehingga kini ia masih salah satu rancangan paling popular di platform berkenaan, sekali gus menguatkan kejayaan pengaruh Korea Selatan terhadap budaya popular global.
Topic Berkaitan
#Oh Young-soo
#Korea Selatan
#pelakon
#Squid Game
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan