DUNIA
Biopik Sinéad O’Connor dalam pembikinan, fokus awal kehidupan dan aktivisme
Filem biopik mengenai Sinéad O’Connor sedang dibangunkan oleh syarikat produksi dari Ireland dan UK, termasuk See-Saw Films dan Nine Daughters, dengan sokongan BBC Film. -Gambar fail/Facebook
DUBLIN: Sebuah filem biopik mengenai penyanyi dan aktivis Ireland, Sinéad O’Connor, kini sedang dibangunkan oleh syarikat produksi yang pernah menghasilkan filem terkenal Lady Macbeth dan dokumentari Nothing Compares.
Ringkasan AI
Menurut laporan Variety dan The Independent, projek ini diterajui oleh tiga syarikat produksi utama — ie: entertainment dari Ireland, Nine Daughters (penerbit God’s Creatures dan Lady Macbeth), serta See-Saw Films yang pernah memenangi Oscar menerusi The Power of the Dog.
BBC Film turut membiayai pembangunan filem tersebut.
Filem ini akan diarahkan oleh Josephine Decker, yang sebelum ini mengarahkan Shirley (2020), dan ditulis oleh penulis Ireland, Stacey Gregg.
Ia dijangka memfokuskan kepada zaman awal kehidupan O’Connor, kemunculan beliau dalam industri muzik, serta perjuangannya menentang ketidakadilan sosial dan institusi agama.
Sinéad O’Connor, yang meninggal dunia pada Julai 2023 pada usia 56 tahun akibat penyakit paru-paru kronik, dikenang sebagai ikon muzik dan suara lantang dalam aktivisme.
Album beliau I Do Not Want What I Haven’t Got (1990) yang menampilkan lagu hit Nothing Compares 2 U melonjakkan namanya ke peringkat antarabangsa dan memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy dan Brit Award.
Namun, O’Connor juga dikenang kerana tindakan kontroversinya pada tahun 1992 secara langsung dalam rancangan Saturday Night Live, sebagai protes terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Gereja Katolik.
“Saya bukan bintang pop. Saya penyanyi protes,” katanya dalam memoir Rememberings yang diterbitkan pada 2021.
Pada tahun 2018, O’Connor mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat.
Dalam kenyataan di media sosial, Allahyarham menyifatkan keputusan itu sebagai kemuncak semula jadi dalam perjalanan spiritualnya.
Walaupun terus dikenali dengan nama asal dalam dunia muzik, beliau kekal komited dengan kepercayaan baharunya sehingga akhir hayat
Biopik ini dijangka menyelami bagaimana bakat luar biasa O’Connor menjadi asas kepada kemasyhuran globalnya, namun namanya turut menjadi simbol keberanian menentang institusi yang berkuasa.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai pelakon utama atau tarikh tayangan.
Ringkasan AI
- Sebuah filem biopik mengenai Allahyarham Sinead O Connor sedang dibangunkan oleh syarikat produksi dari Ireland dan UK, termasuk See-Saw Films, Nine Daughters dan ie: entertainment, dengan sokongan BBC Film.
- Filem ini akan diarahkan oleh Josephine Decker dan ditulis oleh Stacey Gregg, memfokuskan kepada zaman awal kehidupan OConnor, kemunculan dalam muzik, serta perjuangan beliau menentang ketidakadilan sosial dan institusi agama.
- Sinead O Connor dikenang sebagai ikon muzik dan aktivis lantang, termasuk tindakan kontroversi terhadap Gereja Katolik dan pengislamannya pada 2018; namun tiada pengumuman rasmi mengenai pelakon utama atau tarikh tayangan setakat ini.